HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 Oktober 2014

JK Auto 21 desak segera laksana daftar pengundi automatik

SALMIYAH HARUN





KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Auto 21 yang ditubuhkan di bawah Jabatan Pilihan Raya Pemuda dan Muslimat PAS Malaysia hari ini menyerahkan memorandum kepada kerajaan, menggesa pendaftaran pengundi secara automatik pada umur 21 tahun dilaksanakan dengan segera.

Penyerahan itu dketuai Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim di parlimen hari ini.

Turut serta pada penyerahan itu angota parlimen PAS termasuk Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang) dan Idris Ahmad (Bukit Gantang).

Ahli Jawatankuasa Auto 21, Sany Hamzan ketika bercakap kepada pemberita berkata, inisiatif tersebut dilihat akan mengurangkan perbelanjaan negara dalam proses pendaftaran pengundi kerana ia berlaku secara automatik sekaligus menjimatkan tenaga kerja dan masa.

Menurutnya, pendaftaran automatik ini juga dijangka mampu meningkatkan peratusan keluar mengundi.

Selain itu katanya, perlaksanaannya juga dilihat lebih mudah dengan kerjasama dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan data warganegara yang sudah mencapai umur 21 tahun.

"Senarai data ini akan diproses oleh pegawai SPR untuk didaftarkan sebagai pengundi baru,"katanya sambil menambah ianya lebih selamat dari manipulasi data oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Shahidan ketika mengulas perkara itu berkata, kerajaan perlu meneliti beberapa perkara sebelum melaksanakan cadangan itu.

Katanya, proses pelaksanan pendaftaran automatik melibatkan banyak agensi terutama membabitkan rekod rakyat negara ini.

"Ada sedikit perkara yang perlu dikemaskini, ianya melibatkn rekod. Kita bukan untuk tidak laksanakan," katanya. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: