SHAH ALAM: Pengadu kes liwat II membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim berharap kes itu dapat diselesaikan kali ini tanpa ada
lagi cubaan untuk menundanya.
Saiful Bukhari Azlan berkata Anwar berjaya menangguh kes itu sebanyak
100 kali dalam 6 tahun 2 bulan, sejak pertama kali kes itu dilaporkan
pada pihak berkuasa.
Saiful menerusi kenyataannya di Facebook berkata beliau yakin bahawa
Mahkamah Persekutuan akan memutus kes itu dengan adil mengikut
undang-undang negara ini.
"Esok, kes saya akan mula didengar dan dibicarakan di Mahkamah
Persekutuan. Saya harap pihak perayu(DS Anwar Ibrahim) tidak mencari
alasan untuk “tunda” lagi.
Cukuplah kes ini berlanjutan selama 6 tahun 2 bulan, yang mana sudah mencecah 100 penangguhan dan permohonan dibuat," katanya.
Saiful berkata kebenaran kes itu amat penting buat dirinya serta ahli keluarganya yang lain.
"Saya berdoa agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh,
pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi (ura2 ada ‘deal’,
harap tidak benar) agar beliau dibebaskan adalah suatu yang mustahil
dilakukan," katanya lagi.
Saiful juga berkata seandainya Anwar dibebaskan Mahkamah Persekutuan,
Ketua Pembangkang itu tidak akan terlepas hukuman di Padang Mahsyar
kelak.
"Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada
saya, saya akan tetap Istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit
sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak
akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran.
Jika tidak di dunia, di Masyar pasti," tulisnya penuh makna.
Esok dan lusa, Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan rayuan
Anwar untuk dibebaskan daripada tuduhan liwat II membabitkan Saiful.
Anwar didakwa meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit
Damansarara, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan