KEADILAN DAILY
PUTRAJAYA: Peguambela Sangeet Kaur berkata, tiada sebarang bukti daripada saksi polis menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan tiga barang yang ditinggalkan dalam sel sebelum Ketua Umum KEADILAN itu memasuki sel itu.
Sangget merujuk diari lokap yang menyebut sel berkenaan kosong dan tiada tahanan lain.
Beliau menjawab soalan Hakim Arifin, sama ada terdapat sebarang barang ditinggalkan dalam sel sebelum Anwar memasukinya.
Seorang lagi panel, Hakim Md Raus berkata, ketiga-tiga barang itu diberikan kepada Anwar tetapi Sangeet bertanya kembali sama ada ia digunakan olehnya.
Sangeet berkata, berus gigi, sabun dan tuala diberikan kepada Anwar semasa di dalam lokap.
Bagaimanapun hujahnya, tiada sebarang bukti daripada saksi polis menunjukkan Anwar menggunakan barang-barang itu.
“Diari lokap hanya menyatakan Anwar berada dalam penjara dan bersembahyang pada waktu pagi,” katanya, lapor Malaysiakini.
“Tuala Good Morning”, berus gigi dan botol air mineral didakwa digunakan oleh polis bagi mendapatkan DNA Anwar tanpa pengetahuannya.
Menurut Sangeet lagi, diari lokap menyatakan Anwar tidur pada waktu malam, bangun dan bersandar pada palang lokap sebelum mengambil air sembahyang dan bersembahyang sunat.
Anwar ditahan pada 16 Julai 2008 selepas pergi ke Hospital Kuala Lumpur dan tidur semalam di lokap Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.
“Terdapat bukti langsung dan pendakwaan tidak boleh bergantung kepada bukti keadaan ketika terdapat bukti langsung,” tegas Sangget.
Terdahulu, Sangeet berkata, penghakiman Mahkamah Tinggi menyatakan pegawai polis melihat Anwar menggunakan toilet sel dan memberus gigi pada 17 Julai 2008.
Bagaimanapun, kata Sangeet, pegawai polis itu hanya mendengar dan tidak melihatnya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan