HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Oktober 2014

Lagi kanak-kanak dikasari pengasuh [TONTON VIDEO]

ANTARAPOS.COM


Post Pic



SHAH ALAM: Kejam! Itu perkataan yang sesuai diberikan terhadap seorang pekerja taska yang bertindak kasar dan melampaui batas terhadap seorang kanak-kanak jagaannya.

Video berdurasi 2:18 minit itu memperlihatkan seorang wanita cuba memberikan ubat terhadap seorang anak kecil.
 
Akibat tidak henti-henti menangis, wanita berkenaan bertindak menekup muka dan hidung kanak-kanak terbabit, kemudian menampar badannya, selain menengking dengan kuat.
 
Bukan sekali dua kes penderaan kanak-kanak di pusat jagaan didedahkan di negara ini.
 
Namun, ianya tidak berkurangan malah pendedahan demi pendedahan dilaporkan.
 
Apakah mereka, yakni pengusaha taska tidak mengambil iktibar dengan penderaan kanak-kanak di taska hingga meragut nyawa?
 
LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: