Dr
Mahathir ceria ketika menandatangani ringkasan visual selepas
menyampaikan ucaptama "Women Leading the Future" pada seminar Women
Extraordinaire Forum 2014, semalam.
KUALA LUMPUR – Tiada sebarang halangan dalam Perlembagaan Malaysia untuk seorang wanita menjadi perdana menteri.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dalam sistem demokrasi seperti di Malaysia, apa yang diperlukan untuk seorang wanita menjadi pemimpin nombor satu negara adalah sokongan majoriti.
“Kalau anda boleh memenangi sokongan majoriti, dan parti anda melantik anda sebagai presiden parti, jadi kemungkinan besar anda boleh jadi perdana menteri,” katanya.
Beliau menjawab soalan peserta di Women Extraordinaire Forum 2014 di sini, semalam, selepas menyampaikan ucaptama mengenai wanita memimpin masa depan.
Forum dua hari yang berakhir semalam itu menampilkan perkongsian pengalaman dan panduan oleh pemimpin wanita dari pelbagai sektor.
Sementara itu, Dr Mahathir menambah, jawatan yang memerlukan pegawai tidak boleh disogok patut diberikan kepada wanita yang disifatkannya mempunyai integriti lebih tinggi daripada lelaki.
“Dulu-dulu masa Pulau Pinang sebuah pelabuhan bebas (cukai), saya selalu seludup barangan ke Kedah.
“Tetapi kalau saya nampak pegawai kastam wanita, saya cepat-cepat isytihar semua barang yang saya nak seludup itu kerana mereka sangat teliti dan anda perlu membayar cukai penuh,” selorohnya.
Menurutnya, Malaysia kini dalam tempoh peralihan dengan lebih ramai wanita memainkan peranan penting dalam membuat keputusan, bukan sahaja di rumah tetapi dalam sektor awam dan pentadbiran negara.
“Kita tahu pepatah ‘tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia’. Semasa pepatah ini dibuat, kepercayaan pada masa itu ialah ibu akan mengajar anak lelakinya untuk memerintah dunia.
“Tetapi hari ini pepatah ini diterjemahkan secara harfiah, bermakna wanita sendiri hari ini yang akan memerintah dunia,” katanya.
Namun menurutnya, walaupun lebih ramai wanita diperlukan dalam pentadbiran awam dan perniagaan, masalah akan timbul kerana mereka tidak mempunyai masa mencukupi untuk membesarkan anak-anak.
Jadi, beliau menggesa kerajaan mempertimbangkan secara serius untuk mewujudkan kelas sesuai di sekolah untuk memupuk nilai murni supaya kanak-kanak dapat dibesarkan dengan cara yang betul.
“(Ini) kerana keluarga hari ini tidak dapat membesarkan anak-anak bersendirian kerana perlu bekerja untuk mendapatkan pendapatan lebih untuk keluarga.
“Jika ini diperbetulkan, saya rasa jika wanita mengambil peranan lebih besar dalam kehidupan awam, ia tidak akan menyebabkan generasi orang muda masa depan dibesarkan tanpa nilai moral yang betul,” katanya.
Menurutnya, sebagai negara dengan populasi kecil, wanita tidak boleh diketepikan daripada menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia.
“Selalunya wanita meliputi 50 peratus populasi (dalam sesebuah negara). Jika kita ketepikan wanita, kita terpaksa bergantung pada hanya separuh populasi.
“Kita tidak akan mampu bersaing dan menang dalam mana-mana bidang pun. Kita perlukan wanita untuk menyumbang sebanyak mungkin terhadap pembangunan Malaysia,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan