HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 Oktober 2014

Projek ternakan & industri asas tani di kawasan perumahan guna teknologi moden

Oleh : AFEEQA AFEERA


KLANG : Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan projek ternakan dan industri tani di kawasan perumahan menggunakan teknologi moden berdasarkan saranan Jabatan Veterinar Selangor.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, kebanyakan negara maju menggunakan teknologi untuk menternak haiwan seperti ayam dan itik tanpa mendatangkan bau serta menimbulkan kacau ganggu kepada komuniti lain.

Zaidy“Kita akan melihat perkara ini dengan lebih mendalam supaya ternakan ini boleh diwujudkan di kawasan perumahan dengan teknologi canggih.

“Negara maju sendiri sudah ada teknologi moden seperti menyediakan tempat yang berhawa dingin untuk penternakan haiwan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Karnival Veterinar peringkat Negeri Selangor di Dewan Serbaguna Meru, dekat sini, hari ini.

Zaidy berkata Kerajaan Negeri kini dalam proses membuat kaji selidik peningkatan kawasan pertanian dan penternakan di Selangor sebagai langkah perkembangan industri itu.

Katanya pengawalan terhadap industri itu perlu diberi perhatian memandangkan ia sumber makanan negara.

Setakat ini industri penternakan terutama lembu dan kambing menunjukkan penurunan serius pada 2013 berbanding 2009.

“Perlu ada pengawalan mengekalkan penternakan kerana ia adalah sumber pemakanan di seluruh negara,” katanya.EZY

Tiada ulasan: