Perhimpunan agong UMNO kali ini merupakan perhimpunan agong yang sangat dinanti-nantikan oleh orang ramai, bukan sahaja oleh ahli-ahlinya. Rakyat mahu tahu dan melihat apakah perbezaan yang boleh dilihat dalam perhimpunan itu kali ini. Persoalannya adakah UMNO akan menunjukan ‘seriousness’ untuk menangani masalah kereputan parti itu atau pun perhimpunan agong itu akan hanya seperti lazim kita lihat, dalam mana pemimpin-pemimpinnya akan bercakap dengan nada yang tinggi ibarat hala-lintar dan bergegar-gegar yang di selangi oleh lawak-lawak jenaka bodoh oleh pelawak yang datang dari seluruh negara.
Banyak resolusi dan ketetapan
telah diambil dalam perhimpunan-perhimpunan yang dulu-dulu tetapi parti itu
seperti biasa, semakin hari semakin lusuh seolah-olah tidak bermaya untuk
melakukan apa-apa untuk menunjukan perubahan dan perbezaannya.
Adakah perhimpunan kali ini masih
seperti perhimpunan yang terdahulunya dengan lawak jenaka yang tidak
henti-henti dengan pemimpin di atas pentas ketawa besar yang boleh dilihat
dalam akhbar-akhbar pemimpin-pemimpinnya ketawa terbahak-bahak dengan menepuk
tangan diatas kepala masing-masing?
Adakah perhimpunan seperti dahulu
juga, yang tiada mempunyai ‘substance’ yang boleh membawa perbezaan dari
sekarang ini, dan hanya pentas tempat Presidennya berucap bergegar-gegar bagi
mengalihkan pandangan ramai terhadap isu-isu besar yang sedang melanda negara?
Jika benar perhimpunan agong itu
membawa perubahan kepada parti, kenapa hari demi hari parti itu reput dan ia
bertambah lemah dan tidak bermaya menghadapi keadaan dunia yang kian berubah
ini?
Jika perhimpunan ini benar-benar
menjadi premis dan lonjakan kepada imej parti, kenapa UMNO itu bertambah buruk
persepsinya dipandangan rakyat dan parti itu sudah sinonim dengan rasuah?
Rasuah dan UMNO itu adalah ibarat aur dengan tebing, saling memerlukan diantara
satu dengan lain. Tanpa rasuah UMNO itu tidak dapat kekal dan tanpa UMNO rasuah
itu tidak akan berkembang dan berbagai-bagai lagi persepsi buruk yang
menghimpit UMNO kini.
Bolehkah perhimpunan kali ini
menyatukan ahli-ahli dan pemimpin mereka kerana seperti yang kita ketahui
mereka hanya bersatu semasa menyanyikan lagu UMNO itu sahaja. Perhimpunan agong
parti itu selama ini hanya merupakan acara pementasan tahunan dan setiap
perwakilan akan kembali tanpa apa-apa perubahan dari sikap dan nilai pimpinan
mereka sahaja.
Kali ini rakyat mahu tahu, sejauh
mana seriusnya UMNO untuk menyelesaikan masalah 1MDB misalnya. Kali ini rakyat
yang tahu apa yang berlaku dengan 1MDB itu. Selebar manakah ‘variation’
di antara apa yang diketahui umum tentang 1MDB ini dengan apa yang bakal disebut
dan dijawab oleh pimpinan parti itu
dalam perhimpunan itu.
Apakah asas-asas yang mewajarkan
usaha kerajaan untuk menyenaraikan syarikat yang paling ‘controversial’
itu di
Bursa Saham Kuala Lumpur sedangkan semua tahu yang 1MDB itu mempunyai
‘equity
value’ yang sangat rendah. Kita mahu tahu segala-galanya kerana ramai
yang
berpendapat isu 1MDB ini merupakan isu yang akan membawa pentadbiran
Najib ke arah kehancuran yang tidak mungkin mampu mendapatkan
‘mitigations’ yang betul
dari tindakan pemimpin yang ‘deceitful’ seperti Najib dan rakan-rakan
yang
menyokong beliau.
Saya bersetuju dengan pandangan
ramai yang 1MDB ini akan menentukan masa depan kepimpinan Najib kerana
pelaburan 1MDB dalam bidang ‘equity’ ini merupakan pelaburan yang tersangat
tinggi risikonya dan ia hanya mampu dan sesuai dengan sesiapa yang bersedia dan
berkesanggupan untuk menghadapi kehilangan seluruh pelaburannya.
Inilah yang di ceburi oleh
kerajaan kita dan tentunya ia di sebabkan kepentingan besar individu berkuasa
hingga sanggup menceburi bidang pelaburan yang hampir pasti akan merugikan
rakyat yang akhirnya akan menanggungnya seratus peratus semua kegagalannya itu.
Saya mempunyai sedikit minat untuk menulis tentang isu ini, kerana
ingin memberikan keyakinan apa yang saya bakal tulis itu akan menjadi kenyataan
dan kita semua akan menjadi mangsa ‘devilish leaders’ yang kita ada hari ini.
1MDB ini merupakan ‘financial
scandal’ yang terbesar dalam sejarah negara dan jika ada pimpinan di masa depan berhajat
untuk melakukan ‘scandal’ besar pun ia tidak akan sebesar apa yang sedang
dilakukan oleh 1MDB ini. Sesungguhnya mereka (barisan kepimpinan) yang duduk
berhadapan dengan ribuan perwakilan dalam perhimpunan agong nanti adalah mereka
yang bertanggungjawab menjahanamkan negara dan rakyat pimpinan mereka.
Kita lihat nanti dalam
perhimpunan agong UMNO samada perwakilan yang hampir lima ribu orang itu akan sanggup menyentuh
isu ini dengan betul dan memahami yang mereka sedang berhadapan dengan barisan
pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab diatas isu ini, duduk betul-betul di
(high table) dihadapan mereka nanti.
Kita akan memerhati situasi dalam
perhimpunan agong tahunan UMNO, parti yang kian reput dari hari ke hari itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan