HALAMAN SANTAI

Khamis, 20 November 2014

Vokalis pop rock terkenal direman

MALAYSIAKINI



 
 
 
Vokalis kumpulan pop rock terkenal era 90-an direman empat hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Selayang atas dakwaan memiliki dadah jenis syabu.
 
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri bagi suspek membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.
 
Terdahulu suspek yang juga pelakon berusia 35 tahun tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 10.05 pagi dengan berpakaian lokap berwarna ungu dan tangan bergari.
 
Suspek kemudian meninggalkan mahkamah pada pukul 10.15 pagi untuk dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
 
Isteri suspek yang menunggu ketibaan penyanyi itu di mahkamah sejak pukul 9 pagi sempat melafazkan ungkapan "I love you so much" sebanyak empat kali sebaik suspek tiba.
 
Artis itu ditahan di sekitar Kompleks Selayang Mall, Selayang dalam Operasi Tapis oleh pasukan polis dari IPD Gombak.- Bernama

Tiada ulasan: