HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 November 2014

Akta Hasutan: 48 jam untuk Zahid jelaskan asas dakwaan

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Naib Presiden KEADILAN, N Surendran memberi tempoh 48 jam kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi justifikasi terhadap dakwaan Akta Hasutan dalam beberapa kes tertentu.

Ia katanya, termasuk dakwaan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang didakwa memperlekeh isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam satu rakaman video.

Katanya, kerajaan juga perlu menjelaskan beberapa kes lagi seperti Adun Seri Delima, KS Rayer yang dididakwa di bawah akta itu kerana menghina Umno.

“Apa asas untuk dakwaan hasutan terhadap mendiang Karpal Singh dan Prof Azmi Shahrom semata-mata kerana menyatakan pendapat undang-undang?,” soalnya dalam satu kenyataan media.

Surendran berkata, jika penjelasan itu gagal dibuat, kerajaan perlu mengakui penggunaan akta drakonian itu merupakan satu salah guna kuasa dan menggesa ia segera dimansuhkan.

Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Zahid semalam yang mendakwa kerajaan tidak menggunakan akta itu untuk menutup mulut pengkritik dan terdapat justifikasi bagi melakukan tangkapan.

Zahid juga dalam kenyataannya mendakwa akta itu disokong oleh majoriti rakyat Malaysia.

“Zahid adalah salah sama sekali. Majoriti rakyat Malaysia mengundi Pakatan Rakyat dan manifestonya yang menentang semua undang-undang yang menindas termasuk Akta Hasutan. BN hilang undi popular dalam PRU 13,”

“Ini adalah satu percubaan yang terdesak oleh Zahid Hamidi dan kerajaan untuk mempertahankan serangan akta hasutan, yang telah mendapat kutukan di dalam negara dan di peringkat antarabangsa,” tambahnya.

Tiada ulasan: