KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh menggesa semua pihak tidak mempolitikkan pemberian kenderaan rasmi Kerajaan Selangor kepada Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsudin Lias.
Katanya, tidak timbul soal Menteri Besar membuat gimik kerana pemberian kemudahan itu dipersetujui dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Dewan yang bermesyuarat pada 25 Ogos 2013.
“Jawatankuasa itu mempunyai tujuh ahli dan Adun Sungai Burung (BN) adalah salah seorang daripada mereka.
“Tidak timbul isu Menteri Besar main gimik, kerana keputusan Jawatankuasa itu dipanjangkan ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan diluluskan mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid (Ibrahim) dan ia telah pun diumumkan pada sidang dewan yang lepas,” kata Yeoh pada sidang media di Dewan Annex, Shah Alam, hari ini.
Yeoh menjelaskan, pemberian kemudahan itu pada semalam bukan untuk individu sebaliknya kepada sesiapa sahaja yang memegang jawatan Ketua Pembangkang.
“Kemudahan telah diberi agar beliau dapat jalankan tugas dengan efektif.
“Sekiranya beliau berjaya menjalankan tugas ‘check and balance’ dengan berkesan, yang akan terima manfaatnya sudah tentulah rakyat,” katanya, lapor SelangorKini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan