HALAMAN SANTAI

Selasa, 18 November 2014

[BERGAMBAR] Jokomin Beraksi Lagi... Berbatik Dalam Longkang

KELAB GREENBOC


 
Baju batik tak halang Azmin ‘terjun’ longkang

GOMBAK: Penampilan segak Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dengan baju batik jawa ala Jokowi sama sekali tidak menghalang beliau untuk turun ke dalam longkang bagi program Gerak Gempur Aedes, di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau terlebih dahulu membuat terjahan dari rumah ke rumah di Kampung Tengah, di sini, bersama penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang dan Jabatan Kesihatan Selangor.

Beliau yang mesra menyapa penduduk kampung itu sempat ke kereta rasminya bagi menyarung kasut ‘phua chu kang’ berwarna kuning sebelum terjun ke longkang.

Mengulas operasi pagi ini, Mohamed Azmin menegur sikap masyarakat yang masih memandang ringan aspek penjagaan kebersihan kawasan persekitaran kediaman tempat tinggal.

“Kalau ada program sebegini, terutama di kawasan kediaman berstrata, kebanyakan yang buat kerja hanya pengawai sahaja.

“Penduduk sekadar duduk tersenyum sahaja dari tingkat atas, tengok pegawai buat kerja. Sikap sebegini perlu diubah kerana kesannya pada penduduk di kawasan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin merasmikan dan menyertai program sama di Kampung Klang Gate dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Tegasnya, Kerajaan Negeri memerlukan kerjasama masyarakat dalam memerangi Aedes dan demam denggi yang semakin berleluasa.

“Sehingga kini terdapat 59 kes kematian berbanding hanya 24 kematian dilaporkan sepanjang tahun lalu. Ini bermakna walaupun tahun 2014 masih belum sampai penghujung, kes kematian mendadak sehingga lebih dua kali ganda.

“Kes demam denggi juga meningkat tinggi dengan 1,000 kes dilaporkan pada setiap minggu berbanding 800 kes sebelum ini,” katanya. -selangorku





Jika Indonesia ada Jokowi, di Malaysia ada ‘Jokomin’


SHAH ALAM 24 OKT: Jika di Indonesia ada Joko Widodo (Jokowi) selaku Presiden republik negara itu yang berimejkan santai dan gemar berpakaian biasa ala-rakyat.

Di Malaysia, Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali digelar dengan Jokowi Malaysia atau Jokomin.

Komen itu dizahirkan ke laman sosial dan ramai yang menganggap tindakan Mohamed Azmin yang meninggalkan imej elit kepada lebih merakyat perlu diteruskan.


“Kalau di Indonesia ada Jokowi, di Malaysia ada Jokomin,” tulis Pisau Karat ditwitternya.

Mohamed Azmin mengakui program turun padang yang dilaksanakannya setiap minggu merupakan inspirasi daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).

MB bajaKatanya, tugas Jokowi yang dilihat majoritinya bersama rakyat berbanding di pejabat akan diaplikasikan di dalam corak pentadbirannya di Selangor.

“Saya kenal Bapak Jokowi dan pernah mengunjunginya tahun lalu, Jokowi kata kepada saya…Azmin, masa saya hanya 20 peratus di pejabat, selebihnya di lapangan bersama rakyat.

“Ya, saya mahu tiru cara dia, kerana itu, saya komited untuk sentiasa bersama rakyat dan mendengar keluhan hati mereka,” katanya semasa majlis perhimpunan pagi penjawat awam daerah Sabak Bernam di Sungai Besar, hari ini.

Mohamed Azmin sebelum ini dilihat menyamakan tanggungjawab kerjanya sama seperti Jokowi.

Selain digambarkan melalui Tweet, Mohamed Azmin turut membayangkan kerjanya lebih kepada meninjau kesusahan rakyat negeri itu sendiri dengan turun padang merasai denyut nadi kesusahan dan kepayahan rakyat.

Beliau sendiri mendapatkan penjelasan daripada pegawai bertanggungjawab berkenaan sesuatu isu dan masalah serta melaksanakan penyelesaian secara segera.

Pelantikan Jokowi sebelum ini turut memberi harapan baru kepada anak muda Indonesia yang membentuk peratusan besar dalam populasi rakyat republik itu yang melebihi angka 250 juta orang.

Jokowi sendiri di dalam pidato pertamanya mengajak semua golongan bekerja keras dan menghargai peranan golongan bawahan demi masa depan Indonesia.

Azmin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-15 pada 23 September lepas di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
-selangorku


ULASAN GB

Tahniah YAB MB Selangor!

Geng-geng UMNO, Geng Ustaz (Anti-PR) & TASKI mungkin tidak senang dengan gambar-gambar di atas. Usah pedulikan mereka.

Kita perlu buktikan kata-kata dengan amali, walk the talk. Semuga juga ia menjadi contoh dan teladan kepada semua para exco negeri Selangor dan pimpinan di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.

p.s. Maaf cakap, bukan seperti anak seorang ulamak terkemuka yang baru jadi ahli parlimen dah bergaya sepanjang masa dengan kot dan talileher tak kena tempat.

 

Tiada ulasan: