Jikalau Ahmad Maslan memilih untuk
mengatakan pemberian BR1M 4.0 kali ini dapat membantu menampung
perbelanjaan anda untuk tempoh selama 3 bulan lamanya dalam setahun (SEPERTI DI SINI),
Tun Mahathir pula mempunyai pendapat yang berbeza sama sekali. Tun
Mahathir dilihat antara pemimpin yang paling radidal dan lantang menolak
sistem BR1M seperti ini diagihkan kepada rakyat. Ini kerana…
Ini kerana Tun Mahathir lebih gemar
memberikan menyediakan kemudahan seberapa banyak “pancing” kepada rakyat
dengan harapan rakyat dapat hasil ikan secara berterusan daripada masa
ke semasa berbanding dengan hanya mengagihkan terus bekalan ikan semata
kepada rakyat seperti yang dilakukan dalam sistem BR1M sekarang ini.
Tun Mahathir mahukan kerajaan Malaysia
meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia dengan cara menyediakan lebih
banyak peluang pekerjaan dan bantuan perniagaan yang diperlukan rakyat
Malaysia ketika ini sekaligus mampu meningkatkan produktiviti rakyat dan
negara berbanding pemberian tunai daripada kerajaan yang sebenarnya
berasal daripada kalangan duit pembayar cukai di Malaysia.
Antara Punca Tun Mahathir Mengkritik Sistem BR1M
- Sepatutnya bantuan tunai diberikan kepada kalangan yang benar-benar susah, yang tidak mampu bekerja tetapi BR1M diberikan kepada banyak kelompok pada skala yang besar
- BR1M mula diberikan menjelang pilihanraya umum ke 13 dan dimasukkan dalam manifesto pilihanraya. Pemberian BR1M seperti rasuah yang cuba disogok oleh kerajaan kepada rakyat
- Menyebabkan rakyat terlalu bergantung harap kepada kerajaan
- Melemahkan karakter rakyat dan mengurangkan daya saing rakyat Malaysia dalam pasaran
- Pastinya golongan pembayar cukai tidak suka dan tidak gemar melihat duit cukai mereka digunakan untuk tujuan mengagihkan duit bagi “tujuan meraih undi“
Pada pendapat Berita Semasa kerajaan
perlu mencari penyelesaian yang lebih mampan dan boleh bantu semua
kelompok rakyat di Malaysia, bukan sahaja golongan berpendapatan rendah
sahaja.
Malah, golongan pertengahan yang terhimpit di tengah-tengah bandar besar ketika ini. Ini kerana dana RM6 bilion adalah suatu dana yang cukup besar sebenarnya. Golongan berpendapatan sederhana dan yang berpendapatan tinggi pun ada hak dalam negara yang bernama Malaysia ini. Yang membezakan cuma kuantiti sahaja. Bantuan tidak semestinya dalam bentuk duit sahaja.
Malah, golongan pertengahan yang terhimpit di tengah-tengah bandar besar ketika ini. Ini kerana dana RM6 bilion adalah suatu dana yang cukup besar sebenarnya. Golongan berpendapatan sederhana dan yang berpendapatan tinggi pun ada hak dalam negara yang bernama Malaysia ini. Yang membezakan cuma kuantiti sahaja. Bantuan tidak semestinya dalam bentuk duit sahaja.
Bukankah kita mahu menuju ke arah negara
maju, dasar dan pelaksanaan haruslah bercorak kepada pemikiran kerajaan
di negara maju juga. Apa kata anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan