HALAMAN SANTAI

Khamis, 20 November 2014

Chin Peng pejuang kemerdekaan?

 
Keadaan Dewan menjadi hangat apabila Azalina menempelak Hanipa serta menyatakan bahawa Ahli Parlimen Sepang itu penyokong parti komunis 

chinpeng


KUALA LUMPUR : Gesaan Ahli Parlimen PAS dari Sepang, Hanipa Maidin agar peranan pemimpin komunis Chin Peng, Rashid Maidin dan Shamsiah Fakih diiktiraf dalam perjuangan kemerdekaan negara telah mencetuskan perbahasan hangat di Dewan Rakyat.

“Walaupun Chin Peng, ada masalah ideologi dengan kita, tetapi dia adalah penyumbang yang lawan penjajah, begitu juga Rashid Maidin dan ramai lagi,” katanya memetik dari laporan BNBBC.

Hanipa turut menyebut mengenai kes mahkamah Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu yang mengangkat Mohd Indera sebagai pejuang negara.

“Jangan menyembunyikan fakta dalam kita mengajar anak-anak tentang sejarah, saya harap ini adalah satu perubahan dari segi mengajar anak-anak tentang sejarah kepada generasi akan datang.

“Jangan ditipu oleh Barisan Nasional (BN) dari segi memahami sejarah negara,” kata Hanipa ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pengerang dari BN, Datuk Seri Azalina Othman Said bangun berbahas yang kemudiannya terus menempelak Hanipa.

“Hebat Sepang ni, saya rasa Sepang ni sokong communist party (parti komunis) agaknya, penyokong komunis, Sepang penyokong komunis, Sepang tadi cakap, takkan Sepang tak mengaku, Sepang mengaku dia menyokong pemimpin komunis,” kata Azalina sekali gus menyebabkan dewan riuh.

Kata-kata Azalina tersebut dibantah oleh beberapa ahli parlimen pembangkang yang bangun mempertahankan tindakan Hanipa sebelum itu.

Tiada ulasan: