KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar meminta kerajaan memberi penekanan kepada mekanisma bagaimana untuk memastikan purata pendapatan isi rumah rakyat negara ini meningkat.
"Ada statistik lain, misalnya ASB walupun program bumiputera tetapi lebih 55% bumiputera tidak punyai akaun ASB," katanya ketika membangkitkan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Tambahnya, kajian Khazanah juga memberi laporan berkenaan perbandingan harga rumah di Malaysia berbanding Singapura atau Amerika Syarikat adalah tinggi berbanding pendapatan rakyat.
"Yang sedihnya, rakyat miskin akhirnya yang membeli peralatan rumah seperti peti ais, televisyen, akhirnya kos lebih tinggi daripada orang kaya kerana berhutang melalui ansuran mudah.
"Akhirnya kos orang miskin di Malaysia amat tinggi,"katanya.
Justeru katanya, persamaan pendapatan rakyat seluruhnya tanpa mengambil kira kaum dan agama dapat diperbetulkan semula.
Dalam soalan asal Kamarudin meminta Perdana Menteri menyatakan perincian bagi pengumuman purata pendapatan isi rumah RM5900 sebulan dengan perincian mengikut julat pendapatan bulanan menurut kaum dan negeri. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan