Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng
menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan Integrated
Transport Information System (ITIS), sebuah sistem maklumat trafik yang
menggunakan papan tanda elektronik.
Menurut Lip Eng sehingga 2013, DBKL membazirkan sejumlah
RM565.74 juta kepada pengendali ITIS, sedangkan paparan maklumat
tersebut hanya menyiarkan ucapan-ucapan perayaan.
Katanya, sistem tersebut tidak berjaya menyuraikan
kesesakan lalulintas di ibu kota, kerana penguna jalan raya hanya
dimaklumkan bahawa sesuatu kawasan itu sesak hanya sesudah berada di
jalan tersebut.
Dalam pada itu Lip Eng memaklumkan, maklumat berhubung
peruntukan kepada pengendali ITIS bagi tahun 2015 ditakrifkan sebagai
Akta Rahsia Rasmi (OSA).
“Saya telah melihat draf belanjawan DBKL 2015. Saya boleh
menyatakan bahawa jumlah wang yang terlibat adalah tidak masuk akal dan
melampau,” kata Lip Eng dalam kenyataan.
Beliau turut menggesa Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dan
Menteri Wilayah Datuk Seri Tengku Adnan mengambil tindakan tegas
termasuk melapor kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) terhadap pihak yang meluluskan projek ITIS.
Difahamkan, kini terdapat kira-kira 1,200 papan panel
elektronik dan kamera litar tertutup (CCTC) dalam sistem bersepadu ITIS
yang dipasang di seluruh Kuala Lumpur.
Justeru itu, Lip Eng mendesak kontraktor yang menyebabkan
kerugian RM565.74 juta wang rakyat serta kegagalan sistem ITIS
dihadapkan ke muka pengadilan.
“Saya menyatakan di parlimen, lebih baik Tengku Adnan
hentikan sahaja sistem ini yang nampaknya sudah tidak boleh dibantu lagi
memandangkan ia menggunakan teknologi ‘purba’ dan perkakasan zaman
dinosaur.
“Membazir belanja. Batalkan sahaja,” ujar Lip Eng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan