Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok
Suh Sim mengecam tuduhan Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali
Alhabshee yang mendakwa DAP cuba mempolitkkan isu 1MDB.
Beliau berkata, dakwaan kononnya DAP sengaja berbuat
demikian untuk mencemar imej dan reputasi Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak terbukti tidak benar kerana Tun Dr Mahathir sendiri turut
mempersoalkannya.
“Apakah Syed Ali akan mengatakan bahawa Mahathir juga telah mempolitikkan isu 1MDB untuk memburukkan imej Najib?,” tegasnya.
Naib Pengerusi DAP itu turut membidas Syed Ali yang takut
menyahut cabarannya supaya membahaskan tentang skandal 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU), 25
November ini.
Katanya, pimpinan Umno termasuk Syed Ali harus berani untuk
membahaskan skandal tersebut dan bukannya mengambil langkah selamat
menyembunyikan kebimbangan dengan menyerang DAP.
“Isu-isu berkaitan 1MDB yang dibangkitkan DAP termasuk
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sendiri adalah sangat serius,
sebab itu ia harus dibahaskan perwakilan Umno.
“Respon Syed Ali semalam terhadap cabaran saya jelas
menunjukkan satu fakta yang mudah, iaitu dia memang tidak berani untuk
membangkitkan isu`1MDB di PAU 2014.
“Dalam ketakutan dan mahu menyembunyikan hakikat ini, dia
memilih membuat serangan tidak berasas terhadap DAP dan saya,” katanya
dalam satu kenyataan.
Beliau sekali lagi turut mempersoalkan tindakan Umno menjadikan sekolah vernakular sebagai antara topik perbahasan utama.
“Adakah sekolah vernakular dijadikan ‘kambing hitam’ kepada
kegagalan dasar kerajaan untuk mewujudkan perpaduan nasional yang
tulen?
“Jika Umno berminat dan mengambil berat tentang isu
pendidikan sekolah, mereka boleh membincangkan secara rasional mengapa
sekolah kebangsaan telah gagal menjadi pilihan utama ibu-bapa.
“Atau mengapa pemimpin Umno sendiri menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta dan antarabangsa?,” soalnya. -Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan