Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia memandang serius aktiviti keganasan
termasuk merekrut anggota baharu melibatkan rakyat negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua pihak termasuk pemimpin pembangkang seharus menyokong pembentangan kertas putih mengenainya sebelum 27 November ini.
“Pembentangan kertas putih untuk meminda atau mewujudkan akta baharu dalam pembanterasan aktiviti keganasan bukanlah kertas politik sebaliknya sesuatu yang perlu dipandang serius semua pihak kerana ia melibatkan aspek keselamatan negara.
"Saya harap kertas putih ini dapat kerana ia bukan kertas politik, ia merangkumi semua pihak, saya harap pembangkang juga menyokongnya, kerana keganasan bukan perkara main-main, ini soal serius, ia harus ditangani bukan sahaja kerajaan bahkan pembangkang dan semua pihak,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Jihad vs Militan di Universiti Teknologi Malaysia, hari ini.
Selasa lalu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan sedang menyediakan kertas putih untuk menjelaskan kepada rakyat tentang ancaman keganasan yang melibatkan rakyat Malaysia dalam masa terdekat.
Kertas putih itu turut merangkumi statistik kira-kira 39 rakyat Malaysia dikesan menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) setakat ini.
Sehingga kini, pembanteras jenayah keganasan itu diambil di bawah undang-undang sedia ada termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan Akta Pencerahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.
"KDN sarankan agar sama ada akta Sosma atau akta lain seperti Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Amla) harus dipinda atau diperkukuhkan supaya undang-undang sedia ada dimasukkan bukan sahaja pembanteras tetapi pencegahan.
"Kita tidak mahu banteras selepas sesuatu peristiwa buruk berlaku," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan