HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 November 2014

Perwakilan PP: Nasib baik ada geng 786...

MALAYSIAKINI

 
 
Perwakilan Wanita Umno Pulau Pinang, Rohaya Abu Ismail 'mendedahkan' sisi gelap prinsip CAT - Cekap, Akauntabiliti, Telus - yang digantikannya sebagai "Cekik, Angkuh, Temberang" yang didakwanya diamalkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

Beliau yang juga perwakilan Umno bahagian Batu Kawan mendedahkan tindakan Lim yang didakwanya "mencekik darah" orang Melayu khususnya melibatkan isu perumahan dan tanah orang Melayu di Balik Pulau, seolah-olah beliau dan DAP mempunyai "agenda tersembunyi" untuk menghalau orang Melayu di kawasan itu.
 
Bagi mengukuhkan hujahnya Rohaya mendakwa Lim membina penempatan semula untuk diduduki oleh orang Melayu di Seberang Perai (di tanah besar).
 
"Sudahlah kediaman dan kampung orang Melayu diambil alih, kawasan peniaga kecil pun nak ambil alih.
 
"Sejak zaman tok kaduk lagi, Balik Pulau memang kawasan orang Melayu. Semua tanah milik Melayu. (Tetapi) kononnya atas nama pembangunan utnuk membina universiti dan kolej, habis tanah orang Melayu tergadai.
 
"Biar mahal sekalipun, DAP tetap beli. Seolah-olah wujud pakatan untuk membeli tanah orang Melayu ini," katanya ketika membahas ucapan dasar ketua Wanita Umno dalam perhimpunan agung pergerakan itu di PWTC hari ini.
 
Dakwa Rohaya lagi, kerajaan negeri melalui, pihak berkuasa tempatan, bertindak menghalau peniaga Melayu  di tepi jalan seperti "kucing kurap" tetapi tidak menghiraukan kawasan peniaga dari kaum Cina di Tanjung, George Town yang didakwanya menganggu lalulintas dan tidak mempunyai lesen.
 
"Tapi okay sahaja (mereka berniaga). Tak ada siapa pun kacau. Tengok sahaja di Paya Terubung, sesak kereta parking, melimpah sampai bahu jalan, okay saja boleh berniaga. Tak ada siapa kacau pun.
 
"Jadi mana dia CAT yang diagung-agung oleh ketua menteri bertaraf 'tokong' ni," kata Rohaya sambil menegaskan bahawa beliau meminjam istilah tokong yang diperkenalkan oleh PKR terhadap Lim.
 
Selain itu, Rohaya turut membangkitkan isu penghijrahan orang Melayu ke luar dengan mengemukakan statistik jumlahnya yang menurut beliau, menurun dalam tempoh tiga tahun apabila sebanyak 41 peratus Melayu pada 2010 tetapi jatuh kepada 40 peratus pada 2013.
 
Sebaliknya, katanya, jumlah orang Cina meningkat dua peratus dalam tempoh yang sama iaitu pada 2010 sebanyak 40 peratus kepada 42 peratus pada 2013.
 
"Nasib baik ada geng 786 ni... geng Shah Rukh Khan, geng nasi kandar... Geng mamak lah tu.
 
"Hakikatnya penghijrahan penduduk Pulau Pinang adalah terpaksa kerana tekanan hidup, harga rumah mahal, jurang ekonomi yang terlalu berbezaorang Melayu dan Cina.
 
"Malah bina rumah murah di tanah besar seolah-olah mengusir Melayu secara halus ke sana dan menjual tanah pusaka di kawasan pulau," katanya sambil mendakwa kerajaan Lim Guan Eng menjual semula tanah di kawasan itu dengan harga yang lebih mahal.
 
Sehubungan itu, Rohaya yang mewakili Wanita Pulau Pinang mencadangkan supaya satu akta khususnya digubal bagi memastikan kawasan perkampungan Melayu di Balik Pulau dikekalkan sebagai kawasan warisan Melayu.
 
"Dan tidak boleh dibangunkan dengan apa-apa pembangunan," tegasnya.
 
Malah, beliau membidas harga rumah yang tinggi di Balik Pulau yang mana rumah teres berharga jutaan ringgit menyebabkan orang Melayu tidak mampu membelinya.

Tiada ulasan: