HALAMAN SANTAI

Rabu, 26 November 2014

PM gesa undang-undang baru tangani militan

MALAYSIAKINI


 


Perdana menteri hari ini meminta kepada parlimen untuk menyokong undang-undang keselamatan lebih keras untuk menentang ancaman kumpulan bersenjata Negara Islam (IS) yang berpusat di Syiria dan Iraq.

Datuk Seri Najib Razak berkata demikian ketika membentankgan kertas putih memperincikan kegiatan kumpulan itu.

Beliau membawa usul meminta restu Dewan Rakat berhubung kertas putih itu dan juga “semua usaha dan dasar” oleh kerajaan untuk menentang IS.

Kertas putih itu mengusulkan penubuhan sebuah undang-undang baru bagi menangani kes rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air selepas berjuang untuk kumpulan militan di luar negara.

Najib berkata, pejuang yang pulan itu mampu membangkitkan semula aktiviti militan di Malaysia dan melancarkan serangan terhadap kepentingan awam.

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012), Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Kanun Keseksaan juga dicadang diperkukuh.

Tiada ulasan: