Rokettkini.com
KUALA UMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad
Maslan tidak harus menjanjikan bahawa 1MDB mencatat keuntungan setelah
syarikat itu rugi RM4 bilion.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, sejak
2011 keuntungan keseluruhan 1MDB hasil penilaian semula hartanah yang
dijual pada nilai lebih rendah oleh kerajaan.
Menurutnya pada tahun 2011 syarikat itu mencatat keuntungan RM544 juta hasil penilaian semula hartanah pada kadar RM827 juta.
Manakala pada 2012 dan 2013, 1MDB mencatat keuntungan RM45
juta dan RM778 juta hasil penilaian semula hartanah masing-masing
berjumlah RM570 juta dan RM2,736 juta.
Bagi tahun kewangan terbaru, 1MDB mengalami kerugian RM665 juta walaupun penilaian semula pada kadar RM897 juta.
“Sementara mencatat keuntungan bersih terkumpul RM690 juta
sepanjang 2011-2014, kerugian terkumpul 1MDB ialah RM4.33 bilion dari
penilaian semula hartanah di bawah paras harga semasa.
“Halangan satu pusingan lagi penilaian semula aset hartanah
akan menyebabkan syarikat itu terbeban pada 2015, kerana keuntungan
operasi dari loji tenaga jauh mengatasi faedah hutang RM42 bilion,” kata
Pua dalam kenyataan.
Menurutnya, pada 2014 pembiayaan kewangan 1MDB meningkat
kepada RM2.4 bilion, namun pendapatan operasinya berjumlah RM37 juta,
manakala dividen pelaburan dan faedah berjumlah RM751 juta.
“Tanpa mengambil kira penilaian semula hartanah, 1MDB akan kehilangan RM1.61 bilion.
“Bagi 2015, pendapatan operasi 1MDB tidak meningkat kerana
loji janakuasa tidak dibina lagi. Pada masa sama, pembinaan Tun Razak
Exchange dan Bandar Malaysia belum bermula.
“Oleh kerana kos pembiayaan dijangka lebih tinggi
disebabkan penyusunan semula pinjaman, 1MDB harus bersyukur jika
kerugian mereka tidak lebih tinggi bagi tahun berakhir Mac 2015.
Pua mengingatkan Ahmad Maslan tidak memandai-mandai bahawa
1MDB akan kembali mencatatkan keuntungan bagi tahun kewangan akan
datang.
“Beliau tidak seharusnya menyembunyikan prestasi pulangan
1MDB yang teruk dengan mendakwa syarikat itu berbelanja RM382 juta untuk
projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
“Wang dibelanjakan untuk CSR bukan dari keuntungan tunai,
sebaliknya diperolehi dari hutang 1MDB yang sebahagian besarnya dijamin
oleh kerajaan.
“Ahmad Maslan perlu meneliti laporan kewangan dan memahami
punca kerugian 1MDB sebelum mengulas lanjut mengenai perkara ini,”
ujarnya. – Rokettkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan