Sultan Ahmad Shah. Foto NORAFIFI EHSAN / THE STAR
CAMERON HIGHLANDS: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menitahkan supaya penerokaan tanah secara haram untuk aktiviti pertanian di sini dihentikan. "Penerokaan tanah secara haram sudah lama wujud sejak zaman British.
"Mereka tidak boleh melakukan aktiviti ini. Kita perlu hentikannya
(penerokaan tanah secara haram). Kita akan lakukannya dengan apa cara
sekalipun," titah baginda kepada pemberita di sini, Rabu.
Terdahulu, baginda melawat kawasan yang terjejas dengan banjir lumpur di Cameron Highlands yang berlaku pada 6 November lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan