HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Disember 2014

4 hari terperangkap tanpa makanan


Norakmal dan Ahmad Mukhadzir (baris tengah) serta empat daripada tujuh anak mereka, antara yang terperangkap selama empat hari di tingkat teratas bangunan asrama Kolej Vokasional Kuala Krai akibat banjir. Norakmal dan Ahmad Mukhadzir (baris tengah) serta empat daripada tujuh anak mereka, antara yang terperangkap selama empat hari di tingkat teratas bangunan asrama Kolej Vokasional Kuala Krai akibat banjir.
 
 
SHAH ALAM - "Setakat ni selamat belaka...cuma bekalan makanan air serta lilin yang sangat diperlukan...tak ada bot masuk tengok pun mungkin sebab seluruh...." Itu sebahagian mesej disampaikan seorang daripada 14 mangsa yang terperangkap di Kolej Vokasional Kuala Krai, Kelantan, sejak empat hari lalu.

Nur Atirah Mahmad Mahyidin, 18, ketika dihubungi wartawan Sinar Harian di sini, memaklumkan antara yang terperangkap ialah kakaknya, Norakmal Mahmad Mahyidin, 42, (guru di Sekolah Kebangsaan Telekong, Kuala Krai) bersama suami, Ahmad Mukhadzir Mohd Zain, 47 (warden asrama di Kolej Vokasional Kuala Krai) serta empat daripada tujuh anak mereka.

Menurutnya, turut terperangkap ialah adik abang iparnya sekeluarga yang terkandas dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur akibat banjir di Gua Musang.

"Yang membimbangkan kami adalah mereka terperangkap tanpa bekalan elektrik, makanan serta minuman di tingkat tiga, iaitu tingkat teratas bangunan asrama di kolej itu dan kini berada dalam keadaan tidak bermaya.

"Lebih membimbangkan adalah kedua-dua lelaki dewasa dan paling kuat antara mereka iaitu abang ipar saya serta adiknya kini demam. Kini hanya kakak saya dan birasnya menjadi harapan mereka," katanya, semalam.

Nur Atirah memberitahu, dia mendapat tahu situasi dihadapi semua mangsa tersebut apabila kakaknya hubungi ibu mereka, Maziah Mustapha, 59,  jam 2 pagi, Selasa lalu.

Menurutnya, ketika itu dia dan tiga lagi anak kakaknya berada di kampung mereka di Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan.

"Ketika itu kakak saya memaklumkan air sudah naik ke paras betis di kawasan Kolej Vokasional Kuala Krai dan dia bersama abang ipar saya sedang memunggah barang dari rumah warden ke tingkat dua bangunan asrama.

"Kami semua terkedu ketika mula-mula mendengar berita itu dan risau dengan keadaan anak-anak kakak saya yang masih kecil, tambahan pula situasi sebegitu tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Selepas itu katanya, mereka sekeluarga memang tidak dapat melelapkan mata dan tidak putus-putus menghubungi bomba dan pasukan penyelamat untuk membuat laporan serta aduan.

"Pasukan penyelamat baru sampai tadi (semalam) menyelamatkan semua mangsa. Makluman terkini, pasukan penyelamat terpaksa guna dua helikopter kerana air dalam serta arus deras," katanya.

Selepas itu, katanya, mereka sekeluarga memang tidak dapat melelapkan mata dan tidak putus-putus menghubungi bomba dan pasukan penyelamat untuk membuat laporan serta aduan.

"Pasukan penyelamat baru sampai tadi (semalam) untuk menyelamatkan semua mangsa. Makluman terkini kami terima, pasukan penyelamat terpaksa guna dua helikopter kerana keadaan air dalam serta arus deras.

"Bagaimanapun mereka tetap hadapi kesukaran kerana angin kuat dan tiada landasan untuk mendarat. Kini (semalam) ikhtiar menyelamat menggunakan bot sedang diusahakan," katanya.

Tambahnya, dia sekeluarga berharap kesemua mangsa dapat segera dibantu pasukan penyelamat dan mereka sekeluarga sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka semua serta terlampau rindukan mangsa-mangsa terlibat.

Tiada ulasan: