Laporan Sinar Harian pada 24 Disember lalu. Laporan Sinar Harian pada 24 Disember lalu.
 
 
LADANG TUMBUK - Adun  Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan  menyifatkan projek ternakan babi yang dicadangkan di Ladang Tumbuk tidak mengganggu sosio ekonomi penduduk.

Menurutnya, beliau tidak menafikan nilai hartanah di kawasan itu turut meningkat jika pembangunan ladang penternakan secara moden dibangunkan.

“Penduduk jangan mudah melatah dengan pembangunan yang dirancang kerana segala kajian sedang dan masih dijalankan bagi meneliti kebaikan untuk semua pihak.

“Bagaimanapun terpulang kepada semua pihak bagi menilainya, namun industri pelancongan yang ada di sekitar kawasan itu dilihat mempunyai tumpuan ramai dan menguntungkan,” katanya.

Haslin berkata, beliau tidak mahu rakyat di kawasan itu memberi salah tanggapan terhadap usaha kerajaan negeri kerana apa yang dilakukan untuk membantu rakyat.

Katanya, jika pembangunan itu boleh membantu mengurangkan pelbagai masalah yang tidak dapat diselesaikan sejak 2008 itu apa salahnya lihat apa kesudahan projek itu.

“Saya yakin penduduk faham dengan situasi yang berlaku walaupun terdapat bantahan dan ianya dianggap normal.

“Cuma saya sendiri menyokong pembangunan tersebut tidak memberi masalah kepada penduduk tetapi menyenangkan rakyat,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan kajian pelaksanaan ladang babi moden yang pernah dijalankan sebelum ini telah dibangkitkan semula dalam mesyuarat kerajaan negeri.

Difahamkan Hasli telah berjumpa dan mendengar maklumbalas penduduk secara tidak formal mengenai pembinaan tersebut dan kebanyakan daripada mereka bersetuju dengan syarat pembinaan dilakukan mengikut ternakan moden yang boleh menghapuskan masalah pencemaran alam dan bau yang busuk.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan masih menunggu kerajaan negeri memutuskan hasil keputusan perbincangan tersebut mengenai syarikat yang berhak menguruskan projek berkenaan.