Keadaan banjir sentiasa berubah-ubah apabila satu kawasan hampir pulih, kawasan lain pula teruk dilanda banjir.
PETALING JAYA: Keadaan banjir semakin teruk dan jumlah mangsa terlibat meningkat sekali ganda, lapor berita TV AlHijrah jam 2 petang, hari ini (Rabu).
Setakat semalam Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum mempunyai sebarang perancangan mengisytiharkan darurat di Kelantan atau negeri di Pantai Timur walaupun keadaan banjir semakin buruk.
BNBBC melaporkan, Setiausaha MKN Datuk Thajudeen Wahab berkata,
keadaan banjir sentiasa berubah-ubah apabila satu kawasan hampir pulih, kawasan lain pula teruk dilanda banjir.
Jelasnya lagi, sebagai contoh banjir di daerah Gua Musang yang serius semalam sudah beransur surut, namun limpahan air mengalir menyebabkan kawasan Kuala Krai pula dinaiki air.
“Kita terus memantau situasi ini dan merancang pelan menyelamat mangsa-mangsa banjir dari masa ke semasa berdasarkan keadaan terkini kawasan-kawasan dilanda banjir,” katanya.
Jelasnya lagi, ada masanya kerja-kerja menyelamat agak sukar kerana cuaca dan arus deras.
“Semalam, ada bot penyelamat terbalik. Helikopter juga terpaksa berpatah balik kerana cuaca buruk,” ujarnya.
Menurut beliau, usaha menyelamat pada hari ini di kawasan-kawasan yang teruk terjejas dan terputus hubungan darat adalah dengan menggunakan helikopter yang membawa bot penyelamat ke kawasan berkenaan.
Sehingga kini semua agensi penyelamat termasuk jabatan bomba, jabatan Pertahanan Awam dan Angkatan Tentera (ATM) terbabit dalam gerakan banjiir.
Selain Kelantan, Pahang dan Terengganu juga turut terjejas. Jumlah mangsa banjir yang di tempatkan di semua pusat pemindahan pula dilaporkan semakin meningkat.
Perak, Perlis dan Sabah juga terjejas dengan semakin ramai penduduk di pindahkan malam tadi dan awal pagi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan