HALAMAN SANTAI

Rabu, 24 Disember 2014

Anwar harap 2015 lebih bermakna

 
Indahnya sebuah peradaban manusia ialah apabila perbezaan dirai dengan adil, hormat dan santun.


Anwar-Ibrahim_1



PETALING JAYA : Kasih sayang dan kesepaduan seharusnya dipupuk dalam konteks masyarakat Malaysia yang melangkaui agama, ras dan kepercayaan.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tunjang kestabilan sesebuah masyarakat yang berbeza dan mudah berubah sifatnya adalah dengan memupuk iltizam kebersamaan, mengekalkan kestabilan dan keharmonian tanpa cacat cela dan mengadu domba.

“Indahnya sebuah peradaban manusia ialah apabila perbezaan dirai dengan adil, hormat dan santun.

“Meski sarat dengan beban tugas harian yang seakan saling mengejar, keakraban kalangan famili (keluarga) tercinta wajar diberi apresiasi tertinggi tanpa ada kompromi,” katanya dalam entri terbarunya anwaribrahimblog.com.

Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh turut berharap agar tahun 2015 menjanjikan sesuatu yang bermakna atas paksi keadilan dan kesaksamaan yang dijamin perlembagaan.

Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Natal kepada penganut agama Kristian Malaysia.

Tiada ulasan: