PETALING JAYA: Dua anggota polis dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah
Majistret Petaling Jaya pada Isnin kerana didakwa merogol dan memeras
ugut seorang pelajar kolej berusia 19 tahun, polis mengesahkan.
Remaja berkenaan membuat laporan pada Sabtu, mendakwa kedua-dua pegawai
polis terbabit telah menangkap dia dan teman lelakinya yang sedang
melakukan hubungan seks di dalam kereta di Kota Damansara pada 26
Januari dan telah mengambil kesempatan terhadap dirinya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim
berkata, mangsa mendakwa seorang pegawai membawanya ke dalam kenderaan
polis, manakala seorang lagi pegawai membawa teman lelakinya ke balai
polis dengan keretanya.
"Mangsa mendakwa semasa di dalam kereta polis, pegawai tersebut telah memintanya membayar RM2,000 untuk dilepaskan.
"Mangsa bersetuju dan pegawai tersebut kemudian menurunkan dia dan
teman lelakinya di tepi jalan. Dia berkata pegawai itu kemudian
mengambil butir-butir dirinya," kata Azmi.
Pelajar itu mendakwa pada hari yang sama, dia menerima panggilan daripada pegawai yang didakwa menuntut bayaran rasuah itu.
Azmi berkata gadis itu mendakwa pegawai itu membawanya ke pusat
beli-belah berdekatan, selepas mengambilnya dari asrama dan memaksanya
melakukan seks oral di dalam keretanya.
"Katanya, pegawai itu kemudian membawanya ke tandas pusat beli-belah
dan memperkosanya. Dia memberitahu, jika tidak melakukan apa yang
disuruh, dia akan ditangkap," kata Azmi.
Menurut laporan mangsa, pegawai itu tidak berhenti di situ. Gadis itu
mendakwa lelaki itu telah menghubunginya lagi sehingga minggu lalu untuk
meminta mengadakan hubungan seks.
"Selepas menerima laporan itu, kita menahan dua pegawai terbabit pada Ahad.
"Kami akan mendapatkan perintah reman untuk kedua-dua lelaki dan menyiasat dakwaan mangsa dengan teliti," katanya.
Azmi berjanji akan melakukan tindakan pantas dan tegas jika dakwaan itu terbukti benar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan