Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: PAS belum melihat sebarang keperluan untuk mengambil
tindakan lebih tegas terhadap ahli-ahli parti yang menyertai Persatuan
Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), kata Setiausaha Majlis Syura PAS,
Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.
Beliau berkata pendirian parti itu masih sama sebagaimana yang diputuskan pada 12 Oktober lalu.
"Kita hanya menasihatkan ahli-ahli parti untuk tidak bersama PasMa. Itu sahaja.
"Tidak timbul masalah untuk pecat keahlian mereka atau tidak. Kita
menasihatkan mereka jangan bersama dengan PasMa," katanya ketika
dihubungi Antarapos, hari ini.
PAS melarang ahli-ahli parti menyertai sebarang aktiviti anjuran PasMa,
yang mana selaras dengan peringatan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang supaya tidak berlaku kewujudan jamaah dalam jamaah, dan parti
dalam parti.
PasMa yang ditubuhkan 11 Ogos tahun lalu, diketuai bekas Exco
Kerajaan Negeri Kedah Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi yang dilihat tidak
sebulu dengan Hadi.
PasMa dituduh sebagai kumpulan yang lebih cenderung memihak Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sungguhpun beberapa tindakan beliau
ditentang oleh kalangan pemimpin kanan PAS, khususnya dalam krisis
jawatan Menteri Besar Selangor.
Hadi juga baru-baru ini "mempersilakan" PasMa untuk segera meninggalkan PAS jika tidak lagi sehaluan dengan parti itu.
Dalam pada itu, Nik Zawawi meremehkan rencana Utusan Malaysia hari ini
yang bertajuk 'Masa untuk ulama (PAS) bertindak' sebagai "tidak relevan
dan kebudak-budakan'.
"Saya tak boleh nak jawab, (tetapi) editorial (Utusan) budak-budak saja tu.
"Pada saya semua pihak di dalam PAS mempertahankan parti, tidak kiralah
mereka dari golongan ulama atau profesional, sesiapa sahaja di dalam
PAS sama tujuan untuk mempertahankan parti," tegasnya lagi.
Rencana itu mendakwa PAS kini dalam kedudukan lebih kritikal dengan b
pemimpin parti itu sering membuat kenyataan yang bercelaru sehingga
tidak menampakkan kesepakatan di antara mereka apabila diserang pemimpin
DAP.
Menurut Utusan, Golongan ulama PAS disifatkan sebagai satu kelompok
kecil yang cuba mempertahankan PAS dan Hadi, manakala majoriti pemimpin
yang bukan dari golongan ulama lebih cenderung untuk mendiamkan diri
atau membuat kenyataan yang dilihat menyebelahi DAP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan