Berita Terkini MH370 Kehilangan Pesawat
Malaysia Airlines MAS 8 Mac 2015. Genap Setahun, Kapal Terbang MH370
Terus Misteri! : Pejam celik pejam celik, tragedi pesawat MH370,
kehilangan kapal terbang Malaysia Airlines MAS sudah melangkaui usia
setahun (pada 8 Mac 2015) tanpa khbar berita terkini mengenainya.
Sehinggakan….
Sehinggakan pasukan penyiasat nahas
kapal terbang seluruh dunia, pakar pemerbangan, juruterbang
berpengalaman, wartawan dan kolumnis industri penerbangan mengelarkan
tragedi pesawat MH370 Malaysia Airlines MAS sebagai “The Greatest
Aviation Mystery Of All Time”.
Malaysia terus dikenang dan diingati
disebalik kehilangan kala terbang Malaysia Airlines MAS MH370 ini yang
terus menjadi tanda tanya dari seluruh dunia samada terhempas di lautan,
di daratan, disembunyikan atau…..
SERTAI UNDIAN BERITA SEMASA : Punca Tragedi Disebalik Kehilangan Pesawat MH370 Malaysia Airlines MAS? (79.4% pembaca Berita Semasa memilih…..)
Dan kerajaan Malaysia, keluarga
penumpang MH370, rakyat Malaysia terpaksa berhadapan tahun 2014 yang
cukup suram disbelaik tragedi pasawat MH370 ini.
Kejadian yang menimpa kapal terbang
MH370 sangatlah “jarang berlaku”. Kali terakhir hilang tanpa khabar
berita dengan lebih 100 penumpang adalah pada tahun 1962. Tahun
kehilangan pesawat MH370, tahun yang sara tenaga pakar, sarat dengan
sistem teknologi yang cukup canggih tetapi ia tetap berlaku?
Berita Terkini MH370 : Kelmahana Sistem Keselamatan dan Pertahanan Malaysia?
Walaubagaimanapun, tragedi pesawat MH370
sedikit sebanyak mendedahkan kelemahan sistem keselamatan dan
pertahanan negara kita. Sehinggakan rakyat Malaysia umumnya dan keluarga
mangsa penunpang Mh370 tertanya-tanya mengapa dan kenapa selepas radar
radar tentera Malaysia berjaya mengesan kapal terbang komersial membuat
pusingan melalui Semenanjung dan sekitar Pulau Pinang, pesawat jet
pejuang tidak dihantar secepat mungkin untuk menyiasat apa sebenarnya
yang berlaku?
Apabila Berita Semasa semak semula
kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammudddin Hussein
pada masa itu, tentera Malaysia tidak mengambil tindakan apabila
mengesan pesawat di radar mereka kerana ia bukan pesawat musuh.
“Ia tidak dianggap sebagai objek musuh dan sia-sia jika anda tidak menembaknya jatuh”.
“Jika anda tidak menembak jatuh, apa gunanya menghantarnya (jet pejuang)?”
Kelas jawapan menteri Pertahanan
Malaysia. Apa Datuk Seri Hishammudddin Hussein fikir, scramble fighter
diterbangkan utnuk memintas sudah semestinya kena tembak bagi jatuh?
Tiba-tiba Berita Semasa kredibiliti Menteri pertahanan yang Malaysia
miliki pada ketika ini.
- MH370 keluar dari laluan asal, tidak dihantar pesawat pejuang untuk memintas tengok? Takkanlah asal terbang sahaja pesawat pejuang mesti kene tembak sesuatu?
- Apa sebenarnya yang terjadi kepada pesawat MH370?
- Kenapa tragedi MH370 ini terjadi kepada Malaysia?
- Dan kenapa Malaysia Airlines?
- Mengapa kami?
P/S : Sepatutnya sistem pertahanan
negara berada pada tahap tertinggi dan bertindak secara profesional. SOP
wajar dipatuhi. Usahlah disimpan pesawat pejuang yang ada untuk
tontonan dan show di pameran LIMA semata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan