Najib Razak Letak Jawatan dan Berundur
Awal Perdana Menteri? Muhyiddin Intai Peluang? Setuju? : Ada masa kita
dia atas, ada masa kita akan berada di bawah. Hidup ini ibarat roda. Ada
masa kita dihormati dek kerana kuasa, pangkat dan wang.
BACA SINI : Kos Pesawat Jet Kerajaan Malaysia 9M-NAA RM30,000 Sejam
(Minyak RM7.68 segelen) Terbang Ke New York, London, Dubai, Bangkok Tanpa
Najib Razak?
Ada masa kita akan dicaci apabila kita
kehilangan segala-galanya. Oleh itu beringatlah sesama kita, jangan
mendabik dada. Berita Semasa difahamkan kedudukan Datuk Seri Najib Razak
semakin goyak selepas lepas satu-satu skandal yang dikatakan ada kaitan
secara tidak langsung atau secara langsung dengan Datuk Seri Najib
Razak.
Skandal 1MDB yang cukup kontroversi ini
paling memberikan tekanan yang cukup besar kepada kedudukan Datuk Seri
Najib Razak dan Rosmah mansor selaku isteri Perdana Menteri. Hayat Datuk
Seri Najib Razak dikatakan tidak bertahan lama.
Najib Razak VS Muhyiddin Yaasin : Perdana Menteri Malaysia?
Pemimpin politik veteran, pemimpin yang
berpengaruh dan kalangan ahli politik sudah mula memberikan tekanan
kepada Datuk Seri Najib daripada luar dan dalam dan dalam pada masa yang
sama Tan Sri Muhyiddin Yaasin dilihat sedikit demi sedikit mula
diberikan kepercayaan dan sokongan untuk mencabar kedudukan bosnya,
Datuk Seri Najib Razak
Semakan Berita Semasa sendiri kepada
sokongan yang diterima oleh Datuk Seri Najib sejak PilihanRaya Umum ke
13 yang lalu telah jatuh merudum ke tahap 44% sahaja. Bertambah teruk
lagi, Tun Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin bersama Sanusi Junid dan
jaringan politik yang lain berterusan mengkritik Datuk Seri Najib Razak
bagi menguruskan skandal 1MDB yang telah menanggung hutang sekitar RM42
bilion dan paling penting, mereka mahukan Datuk Seri Najib razak letak
jawatan dan berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan