HALAMAN SANTAI

Sabtu, 7 Mac 2015

Izzah akan disiasat polis

 
Jika sebelum ini Anwar dizalimi, kini saya juga bakal disiasat oleh PDRM di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.


IMG-20150307-WA0044 


KUALA LUMPUR: “Saya dapat sepucuk surat daripada PDRM,” kata Nurul Izzah dalam ucapan ringkasnya di Masjid Jamek sebelum bergerak di hadapan Kompleks Sogo.

Sambungnya, “Kalau dulu Anwar dizalimi, hari ini saya juga bakal disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012. Namun kita akan terus mara kerana kita akan tuntut keadilan untuk semua,” katanya.

Pada 27 Februari lepas, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata pihaknya tidak menerima sebarang permohonan mengikut lunas undang-undang untuk menganjurkan perhimpunan itu.

Ia sekaligus menyifatkan perhimpunan tersebut adalah satu perhimpunan haram.

Bagaimanapun, pimpinan pembangkang tetap meneruskan perhimpunan yang digelar sebagai Solidariti Anwar Ibrahim dan mengajak rakyat turun beramai-ramai untuk menyatakan sokongan.

Seramai 2000 orang penyokong Anwar juga berhimpun di Kompleks Sogo bagi menyatakan solidariti kepada Anwar.

Tiada ulasan: