Oleh: LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM: Penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor masih menikmati kadar sewa serendah RM110 sehingga kini dengan kadarnya tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, beberapa garis panduan seperti pendapatan isi rumah dan jumlah tanggungan diambil kira dalam penentuan kadar sewa.
“Saya
sudah maklumkan kepada lembaga perumahan untuk memberi perhatian khusus
kepada permohonan mereka yang berpendapatan rendah dengan standar sewa
RM 124.
“Kita tidak boleh benarkan sewa rendah kepada mereka yang berpendapatan besar, jika dibenarkan maka tidak adil kepada rakyat Selangor yang lain.
“Mereka yang mampu dikenakan sewa RM240,” katanya kepada pemberita sejurus acara larian sempena program Malaysian Women Marathon 2015, hari ini.
Beliau menjawab dakwaan pihak pembangkang kononnya Kerajaan Negeri menaikkan kadar sewa PPR Kota Damansara sehingga membebankan rakyat.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, penduduk harus bersama-sama menampung kos pengurusan bagi memastikan perumahan itu diselenggara baik.
“Ia seperti kos pembersihan sampah dan sisa pepejal, kemudahan lif dan kos penyelenggaraan lain,” katanya lagi.EZY
SHAH ALAM: Penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor masih menikmati kadar sewa serendah RM110 sehingga kini dengan kadarnya tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, beberapa garis panduan seperti pendapatan isi rumah dan jumlah tanggungan diambil kira dalam penentuan kadar sewa.
“Kita tidak boleh benarkan sewa rendah kepada mereka yang berpendapatan besar, jika dibenarkan maka tidak adil kepada rakyat Selangor yang lain.
“Mereka yang mampu dikenakan sewa RM240,” katanya kepada pemberita sejurus acara larian sempena program Malaysian Women Marathon 2015, hari ini.
Beliau menjawab dakwaan pihak pembangkang kononnya Kerajaan Negeri menaikkan kadar sewa PPR Kota Damansara sehingga membebankan rakyat.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, penduduk harus bersama-sama menampung kos pengurusan bagi memastikan perumahan itu diselenggara baik.
“Ia seperti kos pembersihan sampah dan sisa pepejal, kemudahan lif dan kos penyelenggaraan lain,” katanya lagi.EZY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan