HALAMAN SANTAI

Isnin, 9 Mac 2015

RUU tidak sekat hak kebebasan bersuara dan asasi manusia

 
Semua pihak termasuk pembangkang perlu menerima kepentingan penggubalan undang-undang tersebut bagi mencegah aktiviti keganasan


Zahid Hamidi 20 Mei


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, pembangkang perlu akur dan menerima Undang-Undang Anti-Keganasan (RUU) kerana ia tidak digubal bagi menyekat kebebasan bersuara apatah lagi untuk menyekat hak asasi manusia.

Zahid menambah pihak pembangkang perlu menerima kepentingan penggubalan undang-undang tersebut bagi mencegah aktiviti keganasan terutama kegiatan militan bukan bersifat politik seperti mana yang didakwa mereka.

“Semua pihak ahli parlimen termasuk pihak pembangkang perlu mener‎ima dan menyokong undang-undang itu tidak menyekat hak kebebasan bersuara dan hak asasi manusia tetapi adalah untuk pencegahan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Majlis Parlimen ke -13 di Parlimen hari ini.

Beliau mengulas mengenai titah Agong yang mahu usaha berterusan diambil untuk memperkukuh kawalan keselamatan dan kententeraman awam khususnya menangani pengganas di Sabah dan membendung penukaran fahaman ekstremis agama melalui penglibatan kegiatan militan Negara Islam (ISIS)

Tambahnya undang-undang Akta Keganasan itu merupakan satu langkah mencegah dan semua pihak perlu memandangnya secara positif.

“Kita guna akta tersebut bukan untuk berpolitik tetapi hanyalah langkah untuk mencegah.

“Mereka yang tidak berpuas hati boleh kritik, tetapi kerajaan akan buat apa yang perlu bagi memastikan keselamatan negara dijaga,” katanya lagi.

Ujarnya, tindakan YDPA menyentuh tentang undang-undang Anti-Keganasan menunjukkan Baginda amat prihatin soal keselamatan negara.

Beliau juga menjelaskan penggubalan akta tersebut ditentukan oleh panel-panel dan bukan menteri itu sendiri.

RUU itu, yang membenarkan tangkapan tanpa perbicaraan tanpa tempoh masa, dijangka dibentang dalam sesi Parlimen kali ini.

Tiada ulasan: