HALAMAN SANTAI

Khamis, 21 Mei 2015

Kita tak perlu jadi hero isu Rohingya-Bung Mokhtar

 
Beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas kerana negara ini semakin terkenal di peringkat antarabangsa sebagai pusat penyeludupan manusia.


bung-mokhtar-rohingya



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden melahirkan kebimbangan apabila Malaysia semakin terkenal sebagai negara pemerdagangan manusia.

Katanya, Malaysia juga tidak perlu menjadi hero secara tiba-tiba dalam isu pelarian Rohingya yang ketika ini masih hanyut di perairan antarabangsa.

“Adakah untuk mendapatkan publisiti? adakah kita tiba-tiba hilang akal bila tiba isu Rohingya ini?, ” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran Pindaan 2015 di Parlimen pada Rabu.

Bung Mokhtar berkata, Malaysia perlu bertindak lebih tegas dalam isu pemerdagangan manusia agar imej Malaysia sebagai sebuah negara pelancongan tidak terjejas.

“Saya kecewa saya tidak tahu dimana letaknya kesilapan-kesilapan yang berlaku di negara kita. Soal penyeludupan manusia ini kenapa Malaysia menjadi transit negara penyeludupan.

“Siapa tidak kenal Malaysia sebagai negara penyeludupan,” katanya seperti dilaporkan bnbbc.com.

Beliau memberi contoh apa yang berlaku di ladang-ladang di Sarawak apabila banyak penyeludupan berlaku tapi tiada tindakan di ambil.

Sehubungan itu beliau mahu tindakan sewajarnya diambil dan bukan ‘No Action Talk Only’.

Tiada ulasan: