shahbudindotcom
Menepis
ramalan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bahawa kemungkinan
tiada kes bagi siasatan SPRM terhadap derma RM2,600 juta dan dana RM42
juta daripada SRC International yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib
Razak, Peguam Negara Apandi Ali berkata, beliau akan bertindak dengan
adil, teliti dan mengikut undang-undang.
Sambil
menyatakan beliau akan membuat keputusan tanpa rasa takut atau pilih
kasih, Apandi yang dilantik sebagai Peguam Negara dalam pertukaran
mengejut menggantikan Gani Patail pada Julai lalu, juga mengatakan tiada
sesiapa boleh memberi tekanan kepadanya.
Saya
akan kaji kes tersebut mengikut undang-undang. Saya juga tahu
undang-undang, beritahu seluruh dunia bahawa saya seorang yang faham
undang-undang, tegas Apandi lagi.
Berhubung
jangkaan Tun Mahathir bahawa kemungkinan tiada kes dalam siasatan SPRM
terhadap Najib sepertimana penolakannya terhadap cadangan Bank Negara
dalam penyiasatan 1MDB sebelum ini, Apandi meminta Tun Mahathir agar
tidak menggunakan kaedah psikologi terbalik terhadapnya.
Katanya,
ramalan itu hanyalah percubaan memberikan tekanan kepadanya dalam
membuat keputusan dan Tun Mahathir perlu berhenti mencari jalan keluar
melalui taktik itu.
Benarkah
ramalan Tun Mahathir itu berupa tekanan psikologi terhadap Peguam
Negara atau memang ia merupakan jangkaan majoriti rakyat?
Lalu, berapa ramaikah yang kembali menaruh harapan dengan kenyataan terbaru Apandi ini?
Bagaimanapun,
jika benar seperti kenyataan Apandi bahawa beliau akan meneliti kertas
siasatan SPRM itu dengan adil, tanpa pilih kasih, tanpa rasa takut,
mengikut undang-undang dan tiada sesiapa yang boleh memberi tekanan
kepadanya, didoakan semoga rahmat Tuhan sentiasa bersamanya.
Setelah
berbagai insiden berlaku dalam mencari kebenaran mengenai dakwaan
berkaitan derma RM2,600 juta yang termasuk di dalamnya dana RM42 juta
daripada SRC International dengan antaranya pemecatan anggota kabinet,
penyingkiran peguam negara, penangkapan dan kacau ganggu terhadap
pegawai SPRM, pembubaran PAC dan pasukan petugas khas serta pelbagai
lagi, satu-satunya harapan kini ialah di tangan Apandi Ali sebagai
pengganti Gani Patail.
Di
sebalik mungkin masih ramai yang ragu-ragu dengannya, peluang juga juga
harus diberikan kepadanya, sekurang-kurangnya sehingga beliau membuat
keputusan mengenai siasatan SPRM itu.
Sementara
penantian itu, mudah-mudahan Tuhan sentiasa membuka pintu hatinya untuk
menegakkan kebenaran demi rakyat dan negara sambil mengotakan segala
kata-katanya.
Berdasarkan
kenyataan Peguam Negara itu yang mungkin kita sama-sama boleh menaruh
sedikit harapan kepadanya, marilah kali ini kita berdoa lebih panjang
daripada biasa untuk beliau.
Aaminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.......

Tiada ulasan:
Catat Ulasan