QURNISHA HAMKA
Peguam Sirul, Kamarul
Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican sebelum ini mendedahkan ada
`individu' yang menekan Sirul Azhar untuk membuat pengakuan palsu.
KUALA LUMPUR, Kolumnis mingguan Mingguan Malaysia, Awang Selamat hari ini mempersolkan individu dalam dunia politik yang `menekan’ bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar berkaitan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribu.
Beliau berkata demikian di dalam ruangan
Analisis Mingguannya hari ini yang mendakwa terdapat seorang dalang yang
terdiri daripada seorang tokoh besar.
“Awang tidak terkejut dengan pendedahan
tersebut. Dua bulan lalu berdasarkan maklumat sumber, Awang menulis di
ruangan ini bahawa Sirul dipujuk agar membuat pengakuan palsu kononnya
pemimpin negara terbabit dalam pembunuhan tersebut.
“Motifnya hanya untuk menjatuhkan pemimpin berkenaan dengan cara kotor,” katanya di ruangan tersebut.
Perkara berkenaan didedahkan Khamis lalu
oleh peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican
tanpa mendedahkan nama pihak dan individu yang dikatakan terlibat.
Menurut Awang, berdasarkan maklumat yang dipunyai beliau, ianya membabitkan tokoh besar di dalam dunia politik tanah air ini.
“Sedih kerana sampai begitu sekali
percaturan politik, yang tidak lagi bersandar kepada kebenaran. Tidak
perlu Awang sebut siapa tokoh berkenaan, lambat laun akan terungkai
dengan sendirinya,” tambah penulis ruangan itu lagi.
Dalam hal lain, Awang Selamat menyentuh
nasib Mohamad Zulkifli Ismail, 50 yang baru-baru ini didakwa atas
pertuduhan membunuh seorang perompak di rumahnya di Kampung Labuhan,
Kerteh di Terengganu 7 Disember lalu.
Beliau menyifatkan itu sebagai dugaan yang besar menimpa rakyat yang ‘kecil’ sepertinya.
Ini kerana sebelum ini, pernah berlaku
kes yang seakan sama menimpa seorang taikun bergelar Tan Sri yang mana
ianya turut didakwa selepas menembak mati seorang perompak di sebuah
klinik di Cheras pada Julai 2013.
“Awang tidak berhajat mencampuri urusan
perundangan dan pendakwaan. Biarlah pihak berkuasa menjalankan
tanggungjawab dan hanya mahkamah yang boleh membuat keputusan
mengenainya.
“Pernah beberapa kes sebelum ini, ada
tertuduh kes yang hampir sama, bebas dan ada yang dihukum biarpun dalam
percubaan mempertahankan diri,” katanya lagi.
Beliau dalam hal berkenaan dilihat senada
bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mahu orang
ramai memahami fakta sebenar kes dan implikasi perundangan sebelum
menyebarkan segala dakwaan serta pandangan berat sebelah.
Dalam masa yang sama, Awang juga memahami
sentimen rakyat yang mana rata-rata berharap agar Zulkifli dibebaskan
daripada pertuduhan berkenaan.
“Kes tersebut menuntut renungan malah
iktibar. Berdasarkan laporan, rumah Zulkifli dan penduduk di kawasan itu
kerap berlaku kecurian dan pecah rumah, dipercaya kawasan penagih
dadah.
“Sebenarnya banyak kawasan perumahan di
negara ini berdepan dengan risiko ancaman jenayah sedemikian sehingga
adakalanya penduduk terpaksa bertindak sendiri menghadapi penjenayah
demi melindungi keluarga dan harta benda,” tulisnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan