SHAH ALAM: Lapan kerusi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Selangor diperuntukkan kepada Parti Amanah Negara (PAN), kata Exconya
Ean Yong Hian Wah.
Perkara tersebut dipersetujui PAS, PKR dan DAP ketika Mesyuarat Exco
yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, pagi
tadi.
Antara lapan kerusi PBT yang diperuntukkan kepada PAS adalah di
kawasan Sepang, Kuala Langat, Hulu Selangor, Sabak Bernam dan Kuala
Selangor.
Ean yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan
Tempatan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang bagaimanapun
enggan mengulas lanjut mengenai parti manakah yang 'bertolak ansur'
mengosongkan kerusi PBT untuk diberikan kepada PAN.
"Pada saya tidak penting untuk mengetahui parti yang mana memberikan
kerusi itu kerana peruntukannya telah diberikan oleh kerajaan negeri.
"Penggal baru 2016-2017 akan bermula pada 15 Januari ini dengan 288
kerusi akan diisi namun berbaki dua lagi kerusi milik PKR dan DAP yang
belum diputuskan nama ahli majlis di Petaling Jaya dan Kuala Langat,"
katanya kepada pemberita.
Menurut Ean, buat masa ini ahli-ahli majlis untuk Majlis Perbandaran
Petaling Jaya dan Majlis Daerah Kuala Langat sahaja belum dimuktamadkan
senarai namanya.
Sementara, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafie
memberitahu pemberita pemberian lapan kerusi PBT kepada PAS tidak
menjejaskan bahagian PAS sebaliknya hanya melibatkan 'tolak ansur'
daripada PKR dan DAP.
PAS malah mendapat pertambahan kerusi pada penggal baru yang akan bermula 15 Januri ini dan berakhir pada Disember 2017.
Shuhaimi juga enggan memerincikan dengan lebih lanjut berapakah
bilangan kerusi PBT terkini setiap parti dan berkata perkara itu akan
diumumkan kemudian.
PAN sebelum ini menuntut 34 kerusi PBT daripada kerajaan negeri
Selangor selepas mendakwa mereka sebahagian daripada Pakatan Harapan di
Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan