BERNAMA
Guru, Chu Chai Chop
(kiri) sedang mengajar Lau Chun Yih,7, merupakan pelajar tunggal Tahun
Satu SJK (C) Chee Nan, Jerlun. Foto TRP/ Adib Hakim
ALOR SETAR, Sesi pembelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chee Nan, Jerlun, kira-kira 30km dari sini, tetap berjalan seperti biasa walaupun hanya mempunyai seorang murid yang mendaftar di Tahun Satu.
Guru Besarnya Lai Hoi Tien berkata,
pelajar berkenaan, Lau Chun Yih, 7, ditempatkan dalam kelas Tahun Satu
dan sesi pembelajarannya berjalan seperti biasa mengikut silibus yang
disediakan.
Beliau berkata, sekolah tersebut
merupakan sekolah yang kurang muridnya di mana pada tahun lepas, hanya
dua murid sahaja yang mendaftar di sekolah yang terletak di pinggir
Bandaraya Alor Setar itu.
“Kita ada 13 murid dari Tahun Satu hingga
Enam dengan sembilan guru. Pencapaian dalam Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) di sekolah ini sejak 2013 hingga tahun lepas mencapai 100
peratus kelulusan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Sementara
itu, ibu Lau, Chong Mee Kim, 50, berkata dia memilih sekolah berkenaan
kerana tidak mempunyai ramai murid yang membolehkan guru-guru memberi
perhatian kepada anak bongsu daripada dua beradik itu.
Suri rumah yang tinggal di Tongkang Yard,
Alor Setar berkata ini merupakan kelebihan kepada anaknya di mana guru
akan membantunya menguasai mata pelajaran yang sukar untuk difahami.
“Masa daftar baru-baru ini saya sudah
tahu hanya anak saya seorang yang masuk Tahun Satu dan saya lihat dia
gembira dan teruja apabila memulakan sesi persekolahannya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan