KYRA ALEGRIA
Skrinshot video yang
menunjukkan perompak dilayan sebagai tetamu (kiri) selain teka-teka dua
rakan mengenai isu semasa (kanan). Foto skrinshot SukanStarTV
KUALA LUMPUR, Rompakan bukannya bahan jenaka terutama apabila membabitkan keselamatan diri sendiri dan orang yang tersayang.
bagaimanapun, video olok-olok semakin
kerap dimuat naik di media sosial seperti Facebook susulan kes seorang
lelaki yang ditangkap kerana membunuh dua perompak yang menceroboh masuk
ke rumahnya Terengganu.
Sebagai contoh, satu video yang dimuat
naik Fariz Jefri pada laman Facebook miliknya, yang kemudian dikongsikan
netizen lain, memperlihatkan seorang lelaki diancam perompak yang masuk
ke rumahnya dan dilayan sebagai tetamu berbanding diberi ancaman.
Rakaman video itu mendapat sambutan
sehingga dikongsikan Sukan Star TV dan menerima lebih 1.4 juta views,
26,833 likes, 25,200 shares dan lebih 2,000 komen daripada netizens.
Satu lagi rakaman video olok-olok oleh penghibur tempatan bernama Zukieee turut mendapat sambutan serta-merta.
Rakaman video itu memaparkan tiga situasi
yang memperlihatkan seorang lelaki bertanyakan teka-teki kepada
rakannya mengenai pekerjaan paling selamat di atas bumi, di mana
jawapannya adalah pecah rumah.
Dalam dua situasi lain, lelaki terbabit
berteka teki mengenai kes terbaru mengenai gadis yang diculik yang
kemudian didapati rupa-rupanya palsu, selain cadangan menteri supaya
melakukan dua kerja.
Rakaman video terbabit dijadikan jenaka oleh ramai netizens dan menerima lebih 600,000 likes.
Pautan video:
Fariz Jefri: https://www.facebook.com/SukanStarTV/videos/1050189118381439/
Zukieee: https://www.facebook.com/SukanStarTV/videos/1051650381568646/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan