HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Januari 2016

Raja report 'diangkut' ke balai

Raja Repot 'diangkut' ke balai polis
Abdul Rani Kulup Abdullah menunjukkan isyarat bagus sebaik sahaja sampai di Balai Polis Gombak, Gombak, hari ini. Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN
 
 
GOMBAK - Raja report, Abdul Rani Kulup Abdullah ternyata tidak kebal daripada tindakan undang-undang apabila beliau sendiri 'diangkut' pihak polis kerana anugerah Datuk Paduka Mahkota Melaka yang diterimanya, baru-baru ini.

Abdul Rani atau lebih dikenali sebagai 'ayahanda' pada mulanya mahu memberi keterangan kepada Polis Melaka Tengah di sebuah restoran India muslim di sini, bagaimanapun dibawa ke Balai Polis Gombak.

Beliau yang dibawa menaiki sebuah kenderaan polis jenis Proton Preve berwarna perak diiringi sebuah lagi kenderaan sama.

Sebelum ini, Abdul Rani menerima anugerah membawa gelaran Datuk Paduka Mahkota Melaka daripada ahli perniagaan, Raja Noor Jan Shah Tuah yang mengakui dirinya Sultan Melaka.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anugerah 'Datuk' buat Arka lebih bersemangat]

Bagaimanapun, majlis penganugerahan pingat itu dianggap tidak diiktiraf dan kini disiasat di bawah Akta Hasutan kerana ia didakwa diberikan oleh pewaris takhta negeri itu.

Isu Noor Jan kembali hangat apabila majlis penganugerahan itu melibatkan beberapa individu yang kerap mendapat perhatian dan menjadi viral di media sosial termasuk Abdul Rani.

Noor Jan pernah ditahan polis bagi membantu siasatan bawah akta sama, selepas mengadakan majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.


Tiada ulasan: