HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Januari 2016

Veteran Umno: Kaji selidik IDE berat sebelah

Veteran Umno: Kaji selidik IDE berat sebelah


SHAH ALAM - Veteran Umno menyangkal kaji selidik dilakukan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) mengenai kerjasama Pas dan Umno yang didakwa tidak membawa sebarang faedah malah, akan lebih memecahbelahkan orang Melayu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata,  kaji selidik yang dibuat di Selangor itu berat sebelah dan ia menampakkan IDE sebagai agen PKR yang cuba menghalang kerjasama itu.

“Veteran berharap IDE jangan menjadi ejen yang akan menghalang perpaduan Melayu. IDE tidak sewajarnya mengheret orang Melayu ke dalam lubang perpecahan yang tidak ada kesudahannya. Orang Melayu sudah lama berpecah. Jangan pula IDE cuba menjadi batu api untuk melihat Melayu terus berpecah.

“Kalau benar IDE ikhlas untuk mendapat pandangan orang Melayu, maka kaji selidik itu mesti dibuat secara menyeluruh di semua negeri,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 45 peratus tak setuju Pas-Umno kerjasama]

Menurutnya, hanya mereka yang tidak yakin dan percaya kepada ketentuan dan suruhan ALLAH sahaja yang berpendapat kerjasama Umno dan Pas tidak akan mengubah nasib bangsa Melayu.

“Ayat 103 Surat Al-Imran jelas membuktikan bahawa ALLAH memberi amaran keras supaya umatnya tidak berpecah belah dan mesti bersatu padu,” katanya.

Sementara itu, katanya, penyatuan yang bakal di capai antara Umno dan Pas bakal menjadi kemenangan besar buat orang Melayu di negara ini.

“Kerjasama yang dicadangkan jangan dilihat dalam konteks siapa rugi siapa untung, siapa kalah siapa menang. Ianya adalah kerjasama atas dasar ‘menang menang’. Dalam hal penyatuan, Melayu kalau kalah Melayu dan kalau menang Melayu. Penyatuan itu satu kemenangan bagi orang Melayu,” katanya.

Namun, katanya, veteran menyedari kerjasama itu bukan senang untuk diterima oleh ahli Pas dan Umno.

“Mereka yang sekian lama berdepan dengan cacian sudah pasti berdendam. Orang Umno pernah dikafirkan oleh orang Pas. Orang Pas pula mengatakan mereka ditipu oleh Umno. Tapi itu cerita lama. Cerita duka di zaman jahiliah.

“Sebab itu veteran mengharapkan semua cerita lama itu dilupakan. Ianya mesti dikuburkan dari ingatan. Yang penting ialah Umno dan Pas membuka buku baru dan memandang ke hadapan demi masa depan Melayu yang lebih gemilang dan terbilang,”

Tiada ulasan: