THE RAKYAT POST
ADUN Bakar Bata, Datuk
Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini diumumkan sebagai Menteri Besar
Kedah yang baharu bagi menggantikan Mukhriz, berkuat kuasa esok. - Foto
TRP/Adib Hakim
ALOR SETAR, “Diharap Ahmad Bashah di waktu angkat sumpah nanti tidak terlena.”
Itu kata nasihat Datuk Seri Mukhriz
Mahathir kepada Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Seri Ahmad Bashah
Md Hanipah ketika menjawab pertanyaan wartawan sejurus selepas beliau
mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta.
Nasihatnya yang secara berseloroh itu
mendapat tepukan daripada hadirin dalam satu sidang media di Wisma Darul
Aman, di sini hari ini.
Menurut Mukhriz, keputusan peletakan
jawatan itu dibuat selepas dikatakan hilang sokongan majoriti di
kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Bagaimanapun, beliau bertekad tidak akan
berdiam diri memandangkan peletakan jawatan itu dilihat mempunyai banyak
ruang untuk bersuara.
“I will not keep silent. Politik adalah
darah daging saya. Jika rakyat mahukan saya, sudah tentu saya akan
teruskan perjuangan rakyat.
“Dengan saya tidak lagi menjawat sebagai Menteri Besar Kedah, saya mempunyai banyak ruang untuk bersuara. Jaga-jaga.
“Umno berada ditahap yang lemah sekarang ini,” katanya.
Terdahulu, ADUN Bakar Bata, Datuk Seri
Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah
yang baharu bagi menggantikan Mukhriz, berkuat kuasa esok.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Kerajaan
Negeri Kedah, Datuk Bakar Din dalam sidang media khas di Wisma Darul
Aman di sini sejurus pengumuman peletakan jawatan oleh Mukhriz berkuat
kuasa serta merta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan