Oleh TO'KI
TINDAKAN Presiden PAN, Mohamad Sabu (Mat Sabu) menghina orang Melayu yang tidak menyokong pembangkang sebagai bodoh, bangang dan bahlul mencerminkan dirinya sendiri. Kenyataannya ibarat meludah ke langit dan tertimpa ke muka sendiri.
Betapa tidak bila Mat Sabu seperti dakwaan Pas digunakan oleh DAP untuk kepentingan parti itu menjadi bukti yang sangat nyata bahawa beliau tidak bercakap dan berjuang untuk dirinya sendiri tetapi berjuang untuk muslihat orang lain.
DAP dan Mat Sabu bersekongkol. Kata-katanya membayangkan ketidakcerdikan dalam membaca senario dan analisis politik semasa. Mat Sabu menghina bangsanya sendiri. Dia tidak belajar melalui kesilapan lalu yang menyebabkan orang lain terus menguasai. Pelanduk selalu lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk.
Sikap
politiknya kontot dan ucapannya membayangkan rasa kebencian dan dendam
disebabkan orang Melayu sudah mengetahui maksud sebenar perjuangan
PAN. Parti itu ditubuhkan atas dendam terhadap Pas yang ingin
bekerjasama dengan UMNO untuk kepentingan perpaduan dan kebaikan umat
Melayu.
Lalu bila Pas dan UMNO bersetuju menyokong takzir iaitu hukuman Islam, DAP menentang, PKR ikut sama dan PAN bersetuju. Tidakkah Mat Sabu ketika dalam Pas menjadikan isu hudud sebagai landasan perjuangan membezakan Pas dengan UMNO? Apakah Mat Sabu lupa mengenai hakikat ini?
Sekali lagi, ini membayangkan ketidakcerdikan Mat Sabu terhadap perjalanan politiknya dalam Pas, seolah-olah orang Melayu mudah diperbodohkan dengan sejarah.
Kenyataan Mat Sabu itu menghina bangsanya sendiri seolah-olah dia saja yang cerdik. Apa cerdiknya kalau membiarkan diri menjadi alat untuk muslihat orang lain dalam politik? Apa cerdiknya Mat Sabu yang bersama Pas bertahun-tahun hari ini menghina Pas dan pemimpinnya untuk memuaskan hati tauke politiknya?
Ahli politik yang berintegriti tidak akan melakukan penghinaan terhadap bangsanya sendiri. Ahli politik seperti Mat Sabu memerlukan sokongan orang Melayu. Tidak cerdiknya Mat Sabu, penghinaan itu menyebabkan orang Melayu bertanya siapa sebenarnya Mat Sabu dan dia menjadi alat siapa?
Orang Melayu yang ada keinsafan tinggi sudah tentu akan menolak kenyataan Mat Sabu itu. Sebagai populis politik Mat Sabu mahukan pengaruh. Orang Melayu juga cerdik berfikir bahawa politik umat Melayu harus dipelihara supaya kuasa politik terus berada di tangan kita. Orang Melayu seperti ini tentunya tidak mahu orang seperti Mat Sabu yang ceramahnya marah-marah, penuh dengan jenaka murahan dan selalu membuat tuduhan melulu.
Dalam Islam pun melakukan penghinaan terhadap orang lain dengan hujah yang lemah adalah suatu kesalahan. Islam adalah agama yang sifatnya menyantuni. Roh dakwah dan tarbiah sentiasa dituntut menjadi manhaj atau pendekatan bukannya kata-kata menghina yang mendalamkan lagi perseteruan sesama Islam dan menguntungkan pihak ketiga.
Mat Sabu memilih pendekatan konflik untuk mendapat pengaruh. Malangnya, tuduhannya terhadap orang Melayu itu melampau. Orang Melayu memang ada kelemahan. Tetapi dalam kalangan orang Melayu terdapat orang yang mempunyai kesedaran tinggi dan tidak rela dirinya menjadi alat politik untuk kepentingan orang lain.
Orang Melayu yang beragama Islam amat penting bersatu. Bersatu bukan untuk berdepan dengan orang bukan Islam. Logik politik menyatakan bahawa sekiranya majoriti orang Melayu bersatu ia menjadi teras dan pengimbang kepada masyarakat Malaysia.
Islam tidak menghalang kerjasama dengan orang bukan Islam atas asas muafakat dan kerjasama. Yang bahayanya ialah ada pihak-pihak lain yang ingin menjadikan orang Melayu baik individu atau organisasi sebagai alat untuk suatu matlamat jangka panjang yang lebih besar. Ini harus ditentang.
Ruang pembaikan untuk sesebuah kerajaan tetap ada. Ternyata Malaysia di antara sebilangan kecil negara Islam yang masih bertahan. Mengapa tidak model Malaysia yang didukung oleh orang Melayu dan bukan Melayu diperkasakan supaya perubahan dan kemajuan terus berlaku? - .utusan.com.my

Tiada ulasan:
Catat Ulasan