HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 Februari 2016

Guan Eng: Azmin tidak sepatutnya masuk campur

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
 
 
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak menyangka Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masuk campur dalam pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang selepas menyelar tindakannya memecat dua Adun PKR dalam agensi dan syarikat berkaitan kerajaan negeri.

Menurutnya, prinsip tidak masuk campur dalam pentabdiran negeri masing-masing itu dipegang sejak 2008 lagi.

"Saya hairan kenapa tiba-tiba Mohamed Azmin masuk campur dalam pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang sedangkan sejak 2008 lagi, kita mengamalkan prinsip menguruskan negeri masing-masing. Saya rasa ini pertama kali beliau masuk campur dalam hal di Pulau Pinang.

"DAP juga tidak pernah masuk campur dalam hal negeri Selangor kerana kita ada wakil (sebagai Exco) dalam pentadbiran negeri itu," katanya kepada media di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebentar tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: PKR bantah keputusan Guan Eng]

Semalam, PKR menyelar Guan Eng yang memecat dua Adun PKR, Ong Chin Wen (Bukit Tengah) dan Cheah Kah Peng (Kebun Bunga) daripada agensi dan syarikat berkaitan kerajaan negeri.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, Guan Eng tidak sepatutnya berbuat demikian kerana dua Adun PKR itu hanya menyampaikan pandangan yang berbeza dan harus diraikan setiap pihak.


Tiada ulasan: