HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 Februari 2016

Johor senarai 16 individu dilarang beri ceramah

Abd Mutalib Abd Rahim
Abd Mutalib Abd Rahim


JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengesahkan telah mengeluarkan arahan larangan berceramah atau mengajar agama Islam ke atas 16 penceramah bebas di negeri ini.

Exco Agama Johor, Abdul Mutalip Abdul Rahim berkata, keputusan itu diambil kerana mendakwa penceramah terbabit tidak sealiran dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tegasnya, beberapa nama penceramah lain juga telah dikenal pasti dan akan dikenakan tindakan sama.

“Saya sahkan kita ada keluarkan arahan ini akhir tahun lalu. Terdapat sebilangan penceramah yang datang dari luar negeri ini untuk berceramah atau mengajar agama Islam di masjid atau surau, juga di tempat awam lain, di mana telah menimbulkan kekeliruan dan membibitkan perpecahan masyarakat, khususnya umat Islam.

“Pandangan saya, ramai lagi ustaz dan penceramah anak jati negeri ini, malah bukan sahaja 16 penceramah ini dilarang, akan menyusul beberapa nama lagi yang telah dikenal pasti. Kita tidak haramkan mereka untuk datang, sebaliknya hanya melarang berceramah atau mengajar,” katanya kepada Sinar Harian.

Akuinya, dokumen larangan tersebut telah tersebar dan menjadi viral menerusi aplikasi WhatsApp yang dibuat berdasarkan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Johor dan enakmen sedia ada bagi menjaga kesucian serta maruah agama Islam yang berteraskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Penceramah yang dilarang ini, ada antara mereka saya lihat terlalu popular di laman sosial, selain bertindak memburukkan individu lain. Hakikatnya ia satu perbuatan yang berdosa.

“Mereka ini tidak sesuai di Johor, yang cuba melaga-lagakan, memfitnah, memperlekehkan ulama, dan ada unsur penghinaan,” katanya.

Dokumen kerajaan itu antara lain menyenaraikan nama Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin dan penceramah bebas, Fathul Bari serta 14 individu lain.


Tiada ulasan: