shahbudindotcom
Dalam usaha membela dan mempertahankan Najib Razak berhubung kenyataan terbaru Pengarang Kewangan The Wall Street Journal, Ken Brown bahawa wang RM2,600 juta itu bukan datang daripada keluarga Diraja Arab Saudi, sebaliknya berpunca daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB, Salleh Said Keruak menyifatkannya sebagai suatu tuduhan melulu.
Katanya,
Peguam Negara, Apandi Ali sudah menyatakan dana itu sumbangan peribadi
keluarga Diraja Arab Saudi dan Najib tidak melakukan kesalahan jenayah
berhubung wang tersebut.
"Najib
merupakan Perdana Menteri pertama yang menyerahkan dirinya
"bulat-bulat" untuk disiasat SPRM dengan memberi keterangan dan
kerjasama sepenuhnya.
"Peguam
Negara dengan jelas menyatakan Najib tidak melakukan sebarang
kesalahan. Maka, beliau bebas daripada sebarang tuduhan," katanya Salleh
yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Kahkahkah...suatu
jawapan pembodekan tahap klasik apabila Salleh mengatakan Najib
merupakan Perdana Menteri yang pertama menyerahkan dirinya "bulat-bulat"
untuk disiasat SPRM serta sudah dibebaskan daripada sebarang pertuduhan
jenayah oleh Peguam Negara.
Tiadakah hujah lain yang di luar "kepompong Kota Belud" untuk menyanggah kenyataan Ken Brown itu?
Bukankah
seluruh dunia tahu bahawa sebelum menyerahkan dirinya untuk disiasat,
Najib sudah pun membuang Gani Patail sebagai Peguam Negara dan
menggantikan dengan calon pilihannya sendiri, iaitu Apandi Ali?
Apakah itu yang Salleh banggakan kononnya Najib sudah menyerahkan dirinya "bulat-bulat" untuk disiasat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan