Mereka telah menjual nama menteri dan pegawai-pegawain KDN kononnya memberikan perlindungan.
PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) didesak agar membatalkan program pemutihan pendatang tanpa izin (pati) kerana sindiket penjualan kuota kelulusan syarikat yang dilantik untuk program pemutihan didakwa telah melakukan kutipan wang berlebihan.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan kecil dan Sederhana (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa, sindiket yang melakukan kegiatan sejak 15 Februari telah menjual nama menteri dan pegawai-pegawain KDN kononnya memberikan perlindungan.
“IKHLAS mendesak KDN membatalkan program pemutihan pati, sindiket penjualan kuota kelulusan, syarikat-syarikat yang dilantik oleh KDN untuk program pemutihan PATI telah melakukan kutipan wang berlebihan sejak 15 Februari dengan menjual nama menteri dan pegawai KDN,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, IKHLAS mendesak agar program pemutihan PATI ini dibatalkan kerana ia tidak memberi kesan malah, jika diteruskan akan menggalakkan rasuah serta penipuan maklumat warga asing.
“Mereka juga memonopoli perniagaan warga tempatan, kerajaan mesti tegas dalam isu ini, jangan sampai satu hari ada warga asing ini melakukan keganasan atau sebagai pengebom berani mati,” ujarnya lagi.
Mengulas lanjut, Ridzuan turut menggesa agar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak melayan pihak-pihak berkepentingan yang cuba mengaut keuntungan dengan sindiket penipuan program ini.
“Tutup agensi pekerja asing, kerana ini adalah salah satu faktor kenapa pati ramai di Malaysia. Semua agensi penguatkuasaan di sempadan atau airport perlu di pantau rapat oleh SPRM dn suruhanjaya integriti.
“Ketua pengarah dan pengarah imigresen perlu berasa malu dan seharusnya bertanggungjawab bagaimana pati boleh lolos ke sempadan negara dan kini jutaan PATI berada di dalam negara,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan