THE RAKYAT POST
Pengasas D'Herbs Holdings
(M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengakui 'merajuk' dengan
Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) selepas gagal mendapatkan
persetujuan menaja skuad Tok Gajah pada saat akhir. - Foto Instagram
aliffsyukriterlajaklaris
KUALA LUMPUR, Pengasas D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd,
Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengakui ‘merajuk’ dengan Persatuan Bola
Sepak Negeri Pahang (PBNP) selepas gagal mendapatkan persetujuan menaja
skuad Tok Gajah pada saat akhir.
Berita Harian melaporkan dia
yang terkenal dengan tagline ‘Terlajak Laris’ itu turut menjelaskan
mungkin beralih arah untuk menaja satu lagi pasukan dari Pantai Timur,
Terengganu jika konflik dengan Tok Gajah gagal diselesaikan.
Keadaan itu juga sekali gus menamatkan
spekulasi betapa FELDA United dan Negeri Sembilan berada dalam radar
usahawan terkenal itu sebagai pasukan yang akan ditajanya.
“Saya merajuk dengan Pahang dan mungkin
beralih arah kepada Terengganu. Saya rakyat negeri Pahang, tetapi mereka
tidak boleh bagi apa yang saya minta, tetapi Terengganu dilihat sedia
menunaikan permintaan itu.
“Sepatutnya
kontrak perjanjian saya dengan Pahang dimuktamadkan dua minggu lalu
lagi, tetapi mereka (Pahang) gagal setuju dengan salah satu permintaan
saya pada saat akhir.
“Sebenarnya sudah 99 peratus (kontrak)
sudah lulus cuma ada benda yang mereka tidak setuju saat akhir. Apapun,
saya masih tunggu jawapan dari Pahang namun kecewa dengan tindakan
mereka,” katanya kepada BH Sukan, semalam.
Sebelum ini, Aliff turut gagal
mendapatkan persetujuan dengan juara Piala Malaysia, Selangor yang juga
membabitkan syarat dimintanya selain membuat pusingan U dari menaja
Kedah selepas berlaku pertukaran Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri
Kedah (KFA).
Ketika ditanya mengenai permintaan yang
gagal dipersetujui Pahang itu, Aliff menegaskan bukan masanya lagi untuk
beliau menjelaskan perkara terbabit kerana masih menunggu jawapan
daripada skuad Tok Gajah.
Selain itu, Aliff turut mendedahkan
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman sudah
berjumpanya beberapa hari lalu dan mempelawa beliau untuk menjadi penaja
skuad Penyu.
“Saya minat juga dengan Terengganu sebab
MB (Menteri Besar) sudah jumpa saya sendiri dan melamar saya, malah dia
memang betul-betul nampak komited.
“Saya juga difahamkan kerajaan Terengganu
menyediakan peruntukan besar untuk pembangunan sukan di negeri itu
termasuk bola sepak, dan saya nampak prospek yang luas di sana,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan