Nizam Bakeri, Astro Awani
Kadar tersebut disifatkan KWSP sebagai pencapaian yang melebihi jangkaan pasaran memandangkan situasi ekonomi semasa yang mencabar.
KWSP mencatat pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM44.23 bilion pada Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2015, peningkatan sebanyak 13.18 peratus berbanding RM39.08 bilion pada tahun sebelumnya.
INFOGRAFIK: Lihat bayaran dividen KWSP 2000 - 2015
Bagi jumlah ini, sebanyak RM5.98 bilion diperlukan untuk membayar satu peratus dividen bagi tahun 2015, peningkatan sebanyak 10.53 peratus berbanding pembayaran sejumlah RM5.43 bilion pada tahun 2014.
Menurut Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan media, pendapatan pelaburan kasar yang dicapai adalah menerusi strategi kepelbagaian merentasi kelas aset dalam beberapa negara dan pasaran.
"Walaupun korelasi antara pasaran global adalah tinggi, strategi kepelbagaian ini membuka peluang kepada kami untuk menjana keuntungan dan mengenalpasti pelaburan berpotensi pada pentaksiran yang menarik," tambah Tan Sri Samsudin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan