shahbudindotcom
Walaupun
sukar mengharapkan Panel Penilaian Operasi SPRM ini mampu merubah
keadaan, keazaman mereka untuk terus berkeras agar Perdana Menteri,
Najib Razak didakwa di mahkamah berhubung skandal kewangan yang
melibatkan dirinya, sekurang-kurangnya menyedarkan kita tentang prinsip
keadilan.
Sebagai rakyat biasa, kita selalu didendangkan bahawa mahkamah adalah tempat paling mulia mencari keadilan di dunia ini.
Tetapi,
mengapa Najib dielakkan untuk dibawa ke mahkamah dengan keputusan yang
dibuat oleh Peguam Negara saja, meskipun dilaporkan SPRM telah
mencadangkan tiga pertuduhan terhadapnya?
Lebih
dari itu, Peguam Negara, Apandi Ali bukan saja menolak inisiatif
bantuan undang-undang bersama atau MLA digunakan bagi memperolehi
dokumen di luar negara, bahkan turut mengarahkan SPRM menutup terus kes
yang kemudiannya menimbulkan pertikaian ramai tentang bidang kuasanya.
Dengan
Panel Penilaian Operasi bertemu hari ini untuk membuat gesaan
pendakwaan terhadap Najib, yang mungkin juga kali terakhir memandangkan
spekulasi hangat mengatakan perkhidmatan mereka tidak diperlukan lagi
selepas ini berikutan masih tiada surat lanjutan perkhidmatan yang
diterima, tidak disangkal ini merupakan satu lagi bukti bahawa SPRM
memang ada mencadangkan pertuduhan tersebut.
Bukankah
lebih baik dari segi kacamata rakyat dan penilaian antarabangsa jika
Najib juga diberi ruang membersihkan namanya di mahkamah dan bukan
semata-mata oleh Peguam Negara?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan