HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 Februari 2016

Mesyuarat Exco Kedah ditangguh

 
Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Mohd Faisol Jaafar


Kedah


ALOR SETAR: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kedah yang sepatutnya dijalankan pada Rabu ditangguhkan. Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Mohd Faisol Jaafar.

“Ditangguh,” jawabnya ringkas kepada kumpulan pemberita.

Sementara itu, ADUN Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata mesyuarat EXCO itu berkemungkinan akan ditangguhkan ke satu masa yang lain, tanpa mahu mengulas panjang.

27 Januari yang lalu, MMKN Kedah hanya dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dan tiga EXCO iaitu Datuk Amminuddin Omar, Datuk Suraya Yaacob dan Datuk Norsabrina Mohd Noor.

Enam lagi Exco tidak hadir dalam mesyuarat itu.

Tiada ulasan: